Spesifikasi Acura Integra 2023 terdedah, CVT standard, manual untuk versi tertinggi sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang pelancaran rasmi Acura Integra 2023, lebih banyak informasi berhubung sedan sporti empat pintu itu muncul di alam maya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berdasarkan informasi daripada Integra Talk, Honda Acura Integra 2023 bakal ditawarkan dalam tiga varian utama, iaitu varian standard, A-Spec dan varian tertinggi A-Spec Tech.
 

Integra


Menariknya, tatkala kesemua varian datang standard dengan transmisi CVT, hanya varian tertinggi A-Spec Tech sahaja yang bakal ditawarkan dengan transmisi CVT dan manual enam nisbah kelajuan.

Kesemua varian didatangkan dengan nadi empat silinder sebaris 1.5 liter turbo yang mampu menghasilkan 200 hp dan 260 Nm, enjin yang sama didatangkan pada model Civic Si.

Baca: Acura Integra 2023

Harga jualan pula dianggarkan bermula dari $30,000 (RM125,340) sementara harga varian A-Spec Tech pula sedikit mahal dan dikatakan mampu memberikan saingan kepada Hyundai Elantra N ($32,925) dan Subaru WRX 2022 ($30,100).

Sumber: Integra Talk

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, tidak seperti penawaran transmisi manual yang biasanya dikhususkan untuk varian aras mula,…
Berita Global
Dengan pengenalan Integra baharu ini, ia bakal menjadi model aras mula terhadap barisan kenderaan…
Berita Global
Ia merupakan satu langkah yang harus dipuji, memandangkan sudah tidak banyak pengeluar yang masih…