Acura Integra 2023: Versi MT paling mahal, dari RM156k di US

oleh Mohamad Hanif|
Acura Integra 2023 merupakan penawaran model berprestasi tinggi terbaharu dari divisyen mewah Honda untuk pasaran Amerika Syarikat, dan menariknya sedan fastback yang berkongsi platform dengan Civic generasi baharu ini turut didatangkan dalam versi manual.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, tidak seperti penawaran transmisi manual yang biasanya dikhususkan untuk varian aras mula, Acura Integra menawarkan transmisi manual untuk varian yang lebih premium, dengan harga jualan bermula dari $35,800 (RM156,178).

Harga tersebut jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan model Civic Si ($27,300 atau RM119,096) yang menampilkan enjin 1.5 liter turbo yang sama, serta transmisi manual enam kelajuan secara standard.

Namun, jika dibandingkan dengan Civic Si, Acura Integra 2023 didatangkan dengan kelengkapan yang jauh lebih mewah.
 

Acura


Secara standard, Integra 2023 didatangkan dengan unit lampu utama JewelEye LED, lampu nyalaan siang LED, bumbung bulan, serta rim aloi bersaiz 17 inci.

Ruang kabin pula menempatkan skrin kluster instrumen digital bersaiz 10.2 inci, sistem infotainmen tujuh inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem audio dengan lapan pembesar suara, serta tempat duduk balutan kulit sintetik.

Ciri keselamatan AcuraWatch didatangkan secara standard, merangkumi komponen seperti kawalan jelajah adaptif, bantuan pengekalan lorong, brek mitigasi pelanggaran, bantuan kesesakan trafik, pengecaman papan tanda trafik, sistem informasi titik buta dan pemantauan lintasan trafik belakang.
 

acura


Varian A-Spec pula menawarkan tambahan seperti lampu kabus LED, aksen hitam berkilat, spoiler belakang, rim aloi bersaiz 18 inci dengan kemasan shark gray, diikuti dengan kemasan jahitan kontras, pedal keluli tahan karat dan jarum meter berwarna merah.

Penawaran Technologi Package untuk varian A-Spec pula merangkumi kemasan dalaman yang lebih mewah, seperti tempat duduk balutan kulit dan mikrosuede, tempat duduk pemandu boleh laras 12 cara, tempat duduk penumpang depan boleh laras empat cara, pengecasan peranti pintar tanpa wayar, sistem pencahayaan ambien, serta skrin infotainmen bersaiz sembilan inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Selain itu, pakej ini turut menambah sistem audio ELS Studio 3D dengan 16 pembesar suara, sistem peredam adaptif, penderia parkir depan dan belakang, kawalan brek kelajuan rendah, serta Integrated Dynamic System (Comfort, Normal, Sport) dengan tambahan mod Individual yang boleh disesuaikan.
 

Acura


Acura Integra dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 1.5 liter turbo yang mampu menjana kuasa setinggi 200 hp dan 260 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT secara standard, atau manual enam kelajuan untuk varian A-Spec Technology Package.

Sebagai makluman, harga jualan Acura Integra 2023 dengan transmisi CVT bermula dari $30,800 (RM134,365).

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan informasi daripada Integra Talk, Honda Acura Integra 2023 bakal ditawarkan dalam tiga…
Berita Global
Dengan pengenalan Integra baharu ini, ia bakal menjadi model aras mula terhadap barisan kenderaan…
Berita Global
Ia merupakan satu langkah yang harus dipuji, memandangkan sudah tidak banyak pengeluar yang masih…