Acer perkenal Luxgen S3 EV dengan ciri swapandu tahap ke-4

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara Taiwan Automotive Technology Innovation Summit 2018, Acer bekerjasama dengan Yulon Group, pembekal peralatan elektronik automotif HAITEC dan pengeluar kenderaan Luxgen melancarkan sebuah model kereta konsep dilengkapi sistem pemanduan autonomi tahap keempat (SAE Level 4).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menggunakan asas daripada sebuah kereta elektrik Luxgen S3, Acer melengkapkan kenderaan ini dengan sistem pemanduan autonomi yang turut dibantu oleh input dan data daripada real-time kinematic (RTK) positioning, kamera, Lidars, radar MMW, unit pengukuran intertia (IMU) dan juga pengesan ultrasonik. 

 


Acer juga turut menggunapakai teknologi deep learning bagi membolehkan ia mengesan sesuatu objek dan mengaplikasikan kawalan kenderaan yang lebih dinamik bagi memastikan sistem pemanduan autonomi ini berjalan lancar. 

Kawalan dinamik ini tadi dibuat menerusi model kepintaran buatan (AI) berdasarkan data yang diperoleh termasuklah pengecaman imej, halangan daripada 3D Lidar, peta berkejituan tinggi, dan juga lokasi masa nyata. 

Sistem ini turut dibantu oleh sistem pengurusan data awan (cloud management system) di mana menara kawalan mampu 'menghantar' kenderaan ini kepada para pengguna yang telah membuat tempahan menerusi peranti pintar, selain daripada memantau keselamatan ketika kenderaan sedang digunakan. 

Pun begitu, ia masih di dalam fasa konsep semata-mata dan ia tidak didapati di mana-mana cawangan penjual Acer mahupun MARA Digital Mall berhampiran anda. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lebih 2,000 orang pekerja terjejas kesan daripada penutupan projek tersebut, namun menurut laman…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg, projek ini semakin bermasalah dengan pelancaran ditangguh ke 2028…
Berita Global
Generasi kedua prototaip AWV itu kemudian diperkenalkan pada tahun 2021 dengan keupayaan membawa…