Abarth 695 75° Anniversario - Edisi ulangtahun ke-75, hanya 1368 unit

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Model hot hatch ikonik dari Abarth sekali lagi dihadirkan dengan edisi istimewa sempena menyambut ulangtahun ke-75, dikenali dengan nama Abarth 695 75° Anniversario
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan kehadiran model EV 500e dan 600e baru-baru ini, pengenalan Abarth 695 75° Anniversario boleh dikatakan sebagai siri terakhir hot hatch itu dengan enjin pembakaran dalaman tulen.

 

2

 

Penawaran versi petrol edisi istimewa itu pastinya tetap menjadi pilihan petrolhead yang mencari keseronokan dalam pemanduan.

Abarth 695 75° Anniversario hadir dengan beberapa tambahan dan kemasan, seperti rim 17 inci berwarna emas dan beberapa grafik istimewa pada badan yang juga berwarna emas.

 

3

 

Ia hadir dengan grafik kepala omboh pada badan belakang dan logo "Abarth" yang besar di bahagian pintu, sementara bahagian bumbungnya dilengkapi imej kala jengking besar, juga dengan kemasan emas.

Selain kemasan corak, model edisi ulangtahun itu turut dilengkapi sistem ekzos Record Monza dengan fungsi injap aktif, serta sistem suspensi Koni FSD.

 

5

 

Tidaklah berkuasa seperti model EV, ia dikuasakan nadi 1.4 liter T-Jet bersama pengecas turbo Garret GT 1446 dan dipadankan dengan transmisi manual 5 kelajuan.

Menghasilkan 178 HP dan 250 Nm, hot hatch ringan itu mampu memecut dari 0-100 kmj dalam masa 6.7 saat, dengan kelajuan tertinggi sehingga 225 kmj.

 

4

 

Pada bahagian dalaman, papan pemuka kini dibaluti Alcantara hitam, dipadankan dengan tempat duduk karbon Sabelt bersama jahitan logo 75° Anniversario berwarna emas.

Hanya 1,368 unit dihasilkan, angka itu merujuk kepada kapasiti enjin yang digunakan iaitu 1,368 cc.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Empat dekad selepas kali terakhir digunakan di dalam perlumbaan, sebuah model bagi memperingati…
Berita Global
Abarth 695 Competizione dan Abarth 695 Turismo   Abarth 595: Model aras mula dengan 165hp Ini…