Abarth 695 Tributo 131 Rally, kecil dan berkuasa, terhad 695 unit!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Abarth 695 Tributo 131 Rally
Abarth 695 Tributo 131 Rally
Fiat 131 Abarth Rally pertama kali diperkenalkan pada tahun 1976. Kereta ini adalah hasil kerjasama Fiat, Bertone dan Abarth dan 400 unit disiapkan untuk homologasi bagi menyertai perlumbaan.

Seperti namanya, model ini dipertingkatkan dari kereta keluarga Fiat 131.

Model perlumbaan Fiat 131 Abarth Rally Gr.4 digunakan selama enam tahun di dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC) dari 1976 hingga 1981.

Di antara kejayaannya ialah menang 18 perlumbaan dan tiga kali juara pengeluar dunia pada tahun 1977, 1978 dan 1980.

Kereta ini turut memahat kejayaan bagi pemandu terkenal Markku Alén yang menang Piala FIA 1978 dan Walter Röhrl yang menang juara dunia pada tahun 1980.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Abarth 695 Tributo 131 Rally

 

Empat dekad selepas kali terakhir digunakan di dalam perlumbaan, sebuah model bagi memperingati ulang tahun tersebut diperkenalkan.

Tugas itu digalas Abarth 695 Tributo 131 Rally dan hanya 695 unit sahaja untuk pasaran dunia.

Abarth 2022 terdiri daripada dua model utama iaitu 595 berkuasa 165hp dan 695 dengan output 180 hp dari enjin 1.4 T-jet.

Model edisi khas ini diambil dari Abarth 695 berkuasa 180 hp dan tork 250Nm pada 3,000 rpm.

Prestasi pecutan 0-100 km/j mengambil masa 6.7 saat manakala kelajuan maksimum ialah 225 km/j.

 

Abarth 695 Competizione dan Abarth 695 Turismo
Abarth 695 Competizione dan Abarth 695 Turismo

 

Sama seperti Abarth 695, model ini menggunakan penyerap hentak Koni FSD dan tugas memperlahankan kereta diberi kepada angkup aluminium Brembo dengan empat omboh.

Di sebalik roda 17 inci warna hitam ialah cakera brek ialah 305mm di depan dan 240mm di belakang.

Satu komponen istimewa pada model ini ialah set ekzos Record Monza Sovrapposto yang juga digunakan pada Abarth F595 dan 695 Competizione.

 

Abarth Spoiler ad Asssetto Variabile

 

Lagi ciri istimewa pada model ini ialah spoiler Assetto Variabile dengan 12 pelarasan dari sudut 0 hingga 60 darjah. 

Ianya berfungsi dalam membantu mempertingkatkan kestabilan di selekoh dan pemanduan berprestasi.

Sebagai contoh, pada sudut 60 darjah dan kelajuan 199 km/j, beban aerodinamik meningkat kepada 42 kilogram.

 

Abarth 695 Tributo 131 Rally

 

Pada bahagian dalam, Abarth menyediakan kerusi Sabelt fabrik dengan riasan dan sulaman warna biru yang dipengaruhi model terdahulu. Papan pemuka dibaluti Alcantara.

Bahagian luar turut memperingati model ikonik dahulu dengan warna Blue Rally. 

Identiti 695 istimewa ini diserlahkan lagi dengan lorekan model 131 Rally pada bahagian bawah pintu, papan pemuka dan penyandar kepala.

Untuk pasaran United Kingdom, Abarth 695 Tributo 131 Rally boleh dimiliki pada harga permulaan £32,325 (RM176,043).

Penulis: Muhammad Md Tajudin