Abarth 595 dan 695 2022, badan kecil kuasa besar!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Abarth 695 Competizione
Abarth 695 Competizione
Tahun 2022 adalah ulang tahun ke-73 Abarth, sebuah syarikat pengeluar kereta lumba dan berprestasi dari Itali. Abarth kini dimiliki oleh Stellantis atau sebelum itu FCA Itali.

Walaupun berada dalam segmen niche, anda sebenarnya boleh memiliki beberapa siri Abarth 500 melalui pengimport bebas di negara kita.

Siri Abarth 500 bukan baharu, ianya mula dikeluarkan sejak tahun 2008 namun masih kekal menarik dan mengujakan.

Masakan tidak, satu daripada siri istimewa ialah Abarth 696 Tributo Ferrari!

Terbaru Abarth memperkenalkan barisan model 2022 dengan pelbagai kuasa dan aksesori seperti berikut:
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Abarth 695 Competizione dan Abarth 695 Turismo
Abarth 695 Competizione dan Abarth 695 Turismo

 

Abarth 595: Model aras mula dengan 165hp

Ini adalah pilihan asas untuk mereka yang mahukan model ringkas. Abarth 595 digerakkan enjin 1.4 T-jet Euro 6D berkuasa 165hp.

Enjin itu menggunakan pengecas turbo Garrett dengan nisbah mampatan geometrik 9:1. 

Rangkaian kuasa kereta lumba Tatuus yang digunakan di dalam Kejuaraan Formula 4 Itali dan Jerman sebenarnya diasaskan dari enjin sama.

Dipadan bersama enjin itu ialah transmisi manual atau lima kelajuan automatik dengan paddle shift untuk pelanggan yang memilih 595 Turismo dan F595.

 

New Abarth 595

 

Dari segi pecutan, 0 hingga 100 km/j memerlukan 7.3 saat untuk transmisi manual dan 7.4 saat bagi transmisi automatik berturutan (sequential). Kelajuan maksimum adalah 217 km/j.

Untuk gayaan, Abarth 595 menggunakan roda aloi 16 inci, ekzos krom berkembar, lampu kabus depan dan cermin sisi sama warna badan.

Bahagian dalam menggunakan papan pemuka warna kelabu dengan kerusi fabrik hitam dan beberapa bahagian dibalut kulit.

Imej sporty ditunjukkan melalui stereng bentuk D dan pedal besi tahan karat dan pemandu dihiburkan dengan skrin tujuh inci yang boleh dihubung bersama Apple CarPlay dan Android Auto.

Dari segi pengendalian, Abarth 595 dipasangkan suspensi belakang Koni dan sistem pembrekan Abarth dengan cakera 284 mm di depan dan 240 mm di belakang.

Abarth 595 Turismo 

Berbeza dengan Abarth 595, model ini dilengkapi roda aloi 17 inci Granturismo, cermin sisi warna krom satin dan logo khas pada badan kereta.

Kelengkapan dalaman pula terdiri daripada stereng khas, kawalan suhu automatik, sistem Navigasi 3D dengan kerusi balutan kulit warna hitam atau coklat.

Abarth F595 untuk penggemar permotoran

 

New Abarth F595 pack

 

Satu daripada ciri utama pada model ini ialah sistem ekzos Record Monza Sovrapposto. Ekzos ini mempunyai empat saluran dengan dua pada setiap satu sisi.

Injap ekzos dikawal melalui butang kala jengking pada papan pemuka. Fungsi itu membolehkan pemandu menukar bunyi sama ada 'budiman' atau lebih garang.

Model ini dilengkapi roda 17 inci, suspensi depan Koni dan logo khas F595 sebagai peringatan kepada Formula 4 yang mana Abarth pembekal eksklusif enjin di Itali, Jerman dan UK.

Di dalamnya kereta dipasang sistem Navigasi 3D.

Abarth 695 180hp

Berbanding model 595, model 695 menggunakan enjin 1.4 T-jet berkuasa 180hp dan tork 250Nm pada 3,000 rpm.

Kelajuan maksimum ialah juga lebih tinggi iaitu 225 km/j dan daya pecutan dari 0 hingga 100 km/j memerlukan 6.7 saat.

Ekzos pula menggunakan sistem Record Monza yang merupakan ciri biasa untuk kenderaan Abarth.

Untuk pengendalian, model ini dilengkapi penyerap hentak Koni FSD dan brek berkuasa Brembo empat omboh dengan cakera 305mm di depan dan 240mm di belakang.

Pada bahagian luar, model ini menggunakan riasan tar cold grey pada cermin sisi dan pemegang pintu serta roda aloi istimewa 17 inci.

Bahagian dalam pula dilengkapi stereng dengan balutan Alcantara dan gentian karbon, kerusi Sabelt Fabric, tombol gear aluminium, kawalan suhu automatik dan sistem Navigasi 3D.

Abarth 695 Turismo

 

Abarth 695 Turismo

 

Model ini tampil dengan dua gaya badan iaitu hatchback atau convertible. Bahagian dalam lebih premium dengan kerusi balutan kulit hitam atau coklat.

Bahagian depan papan pemuka dibalut Alcantara dan luar kereta dipasang roda aloi 17 inci dan logo khas 695 Turismo.

Bumbung suria pula untuk lebih visual pada bahagian atas dan pemanduan terbuka.

Abarth 695 Competizione

 

Abarth 695 Competizione

 

Model ini lebih berorientasikan prestasi. Ekzos istimewa Record Monza Sovrapposto dengan paip titanium untuk sensasi bunyi dan pemanduan.

Bahagian dalam dilengkapi kerusi Sabelt dengan sulaman merah dan cengkerang karbon. Bentuk kerusi dibuat bagi menyokong badan pemandu dan sesuai untuk pemanduan sporty.

Pembeli 695 Competizione manual dilengkapi LSD jenis mekanikal secara standard. Turut ditawarkan transmisi berturut robotik dengan paddle shift.

Logo 695 Competizione pula dipasang di luar sebagai identiti tersendiri.

Berkenaan harga, model asal Abarth 595 dijual pada £21,295 (RM118,373) dan £29,945 (RM166,457) untuk varian paling sporti 695C Competizione.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Abarth 695 Competizione

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding model penderma yang tampak sopan, Abarth telah mengubah beberapa aspek bagi…
Berita Global
  Empat dekad selepas kali terakhir digunakan di dalam perlumbaan, sebuah model bagi memperingati…
Berita Global
Dari segi penampilan, Pulse Abarth ini didatangkan dengan muka hadapan yang serba agresif, jeriji…