750,000 trak dan SUV GM mungkin datang dengan beg udara bermasalah

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebanyak 749,312 kenderaan buatan General Motors (GM) dikatakan mungkin mempunyai beg udara yang tidak berfungsi.

Agensi Pengurusan Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan US (NHTSA atau National Highway Traffic Safety Administration) telah memulakan siasatan terhadap tiga perempat juta trak dan SUV GM bila rekod menunjukan enam kemalangan yang membabitkan kenderaan tersebut mempunyai masalah di mana beg udara pemandu tidak beroperasi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Masalah itu dikatakan berpunca dari pengesan yang tidak berfungsi dan mungkin melibatkan model model tahun 2020 dan 2021 untuk Chevy Suburban, Silverado dan Tahoe serta GMC Sierra dan Yukon dan Cadillac Escalade, CT4, CT5 dan XT4.

Laporan NHTSA Jumaat lalu menyebut lapan kecederaan telah dikaitkan dengan isu beg udara itu tetapi tidak menyebabkan sebarang kematian.

Tidak ada satu pun model terbabit dijual secara rasmi di Malaysia, melainkan unit-unit yang diimport melalui AP terpakai (recond). 

GM juga sudah menghentikan operasi Chevrolet mereka di Malaysia kerana jualan yang rendah. Punca utama ialah kekurangan model-model yang sesuai untuk pasaran Malaysia dan harga yang tidak begitu kompetitif.

Model terakhir Chevrolet di Malaysia ialah trak pikap Colorado yang menggunakan platform dan enjin Isuzu.

Trak Colorado terpakai boleh didapati di dalam pasaran dan harganya bermula dari serendah RM35,000 sehingga ke RM70,000.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Panggilan semula itu melibatkan sejumlah 61,000 unit kenderaan di US, yang terdiri daripada 50,000…
Berita Global
Ia adalah berikutan pelbagai jenis masalah yang dilaporkan melibatkan ‘sebilangan kecil’ model…
Berita Global
Terbaharu, General Motors bakal menjalin kerjasama dengan syarikat Komatsu untuk menghasilkan trak…