5000 juruterbang Lufthansa mogok kerana gaji tak naik!

oleh SALINA JALIL|
Susulan peningkatan kos sara hidup di seluruh dunia, juruterbang di syarikat penerbangan Lufthansa bakal melancarkan mogok hari ini dalam usaha menuntut kenaikan gaji.


Kesatuan Juruterbang Vereinigung Cockpit (VC) memberitahu, tindakan protes ini dilakukan selepas rundingan memohon kenaikan gaji sebanyak 5.5 peratus dengan pihak pengurusan gagal dicapai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Situasi ini juga akan menjejaskan jadual penerbangan apabila lebih 5,000 juruterbang dijangka terlibat.

 

Wakil jurucakap VC, Matthias Baier berkata, pihak mereka tidak menerima sebarang tawaran berbaloi sehingga sekarang.

 

Keputusan meneruskan mogok dibuat selepas juruterbang di anak syarikat Lufthansa, Eurowings bersetuju untuk turut serta dalam mogok kali ini.

 

Julai lalu, Lufthansa terpaksa membatalkan hampir semua penerbangan dari Frankfurt dan Munich disebabkan mogok kakitangan darat.

 

Usaha ini dilakukan bagi memberi tekanan kepada pihak pengurusan dalam hal rundingan gaji.

 

Sebelum ini, Lufthansa telah menawarkan peningkatan gaji sebanyak 150 Euro (RM674) tahun ini dan tambahan 100 Euro (RM 449) bermula tahun 2023 serta peningkatan dua peratus bermula pertengahan 2023 bergantung kepada keputusan kewangan syarikat.

 

 

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
Mogok pertikaian gaji itu telah menjejaskan kira-kira 8000 laluan sambungan, serta lebih satu juta…
Berita Global
  Kesatuan kawalan trafik udara, SNCTA, dalam satu kenyataan memaklumkan masalah kekurangan…
Berita Domestik
Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) Zulhelmi Mansor mengesahkan rancangan…