Pekerja mogok, lumpuhkan operasi kereta api di Austria

oleh Penyumbang Rencana|
Sistem pengangkutan kereta api Austria lumpuh buat sementara waktu disebabkan oleh mogok 24 jam yang diadakan oleh para pekerja perkhidmatan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mogok pertikaian gaji itu telah menjejaskan kira-kira 8000 laluan sambungan, serta lebih satu juta penumpang pada 28 November yang lalu.

Ketua rangkaian kereta api negara itu berkata perkhidmatan akan kembali normal pada hari berikutnya

Ketua OeBB, Andreas Matthae berkata kepada Penyiar radio ORF, “Saya tidak mahu menolak kemungkinan berlaku penyelewengan pada satu kereta api atau yang lain, tetapi secara amnya, saya menjangkakan kami akan kembali berkhidmat kepada pelanggan kami dengan kualiti biasa mulai Selasa”.

 

autria station


Hubungan antara lapan negara, termasuk Itali, Jerman, Switzerland, Hungary dan Republik Czech menjadikan Austria  hab yang penting untuk perjalanan kereta api Eropah.

Kesatuan pekerja kereta api utama telah meminta kenaikan gaji bulanan sebanyak 400 euro (RM1,860) untuk 50,000 pekerja sektor itu.

Mereka ditawarkan 208 euro (RM967), ditambah dengan bayaran sekali sahaja sebanyak 1,000 euro (RM4,651).

Kesatuan itu memanggil "mogok amaran" pada Isnin selepas rundingan pusingan kelima gagal pada hari Ahad.

Sumber: The Straits Times

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kesatuan kawalan trafik udara, SNCTA, dalam satu kenyataan memaklumkan masalah kekurangan…
Berita Global
  Situasi ini juga akan menjejaskan jadual penerbangan apabila lebih 5,000 juruterbang dijangka…
Berita Domestik
Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) Zulhelmi Mansor mengesahkan rancangan…