Rider makanan mogok 24 jam esok!

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Portal Info
Perkhidmatan penghantar makanan bakal mengalami gangguan selama 24 jam, esok berikutan penghantar makanan (rider) yang merancang melaksana mogok kerana tidak puas hati terhadap syarikat pengendali.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) Zulhelmi Mansor mengesahkan rancangan itu yang menunjukkan solidariti rider terhadap isu berbangkit yang masih tiada penyelesaian.

"Ia termasuk isu kadar upah yang tidak tetap dan dimanipulasi syarikat serta isu tambang yang tidak setimpal dengan aplikasi yang menekan penghantar p-hailing.

"Mungkin dengan cara ini (mogok) ia boleh memberi tekanan kepada syarikat penyedia perkhidmatan," katanya, hari ini.

Zulhelmi berkata, difahamkan mogok itu sudah dirancang sejak dua ke tiga minggu lalu, dan menjangkakan hampir semua rider akan mengambil turut serta.

"Apa yang kami mahukan daripada tindakan ini adalah supaya syarikat penyedia perkhidmatan tidak memandang mudah dan peka dengan kebajikan penghantar.

"Selain itu, kita juga mahu kerajaan ambil tindakan terhadap masalah ini. Saya yakin kerajaan tahu tetapi hingga kini tiada penyelesaian," katanya yang berharap pengguna memahami tindakan diambil golongan itu.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai poster penghantar makanan daripada pelbagai syarikat penyedia yang akan mengadakan mogok 24 jam esok.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian yang berlaku…
Berita Domestik
Ketua Pegawai Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima…
Berita Domestik
  Menurutnya, penunggang gig juga akan menerima pendapatan terjamin sehingga RM3,000 sebulan,…