4 Sekatan Jalan Raya di Putrajaya semasa PKPB

oleh HEZERI SAMSURI|
Empat sekatan jalan raya (SJR) akan dilakukan di Putrajaya semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bakal berlangsung tengah malam ini untuk Lembah Klang sehingga 27 Oktober 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Bernama, SJR tersebut akan dilakukan di:

  • Lebuh Sentosa berhampiran Pusat Kanser Negara (arah Lebuhraya MEX)
  • Persiaran Selatan (arah Dengkil)
  • Laluan keluar kedua di Persiaran Utara (arah Kajang)
  • Laluan keluar ketiga di Persiaran Utara (arah Puchong)

Ketua Polis Putrajaya, ACP Mohd Fadzil Ali berkata beliau berharap semua pihak akan bersabar dan memberikan kerjasama semasa operasi 14 hari ini kerana ia penting dalam menghentikan penularan pandemik Covid-19.

"Kami tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan saman atau meminta mereka berpatah balik jika ada yang ingkar," ujarnya kepada media.

Untuk mereka yang mempunyai isu kecemasan, termasuk menghadiri pengkebumian, permit kebenaran boleh di dapati dari Ketua Polis Daerah sendiri, atau timbalannya dan ketua balai polis Presint 7 atau Presint 11.

Bagi mereka yang hendak menderma makanan dan kelengkapan kesihatan seperti pelitup muka dan sebagainya kepada anggota-anggota bertugas, mereka dinasihatkan tidak perlu pergi ke SJR tetapi boleh dihantar terus ke ibupejabat polis Putrajaya atau badan-badan kebajikan agar boleh diagihkan secara lebih sistematik.

*Laporan asal dari Bernama

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Enam daerah tersebut adalah Ulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang, dan…
Berita Domestik
"Semua pihak diminta bersabar. Esok saya akan umum status PKP. Kalau saya umum hari ini, tidak jadi…
Informasi
  “Sewaktu sedang melakukan rondaan, anggota bertugas telah terlihat sebuah kereta jenis Honda…