Miliki 15 keping permit pergerakan negeri PKPB palsu, seorang lelaki ditahan

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki ditahan polis selepas pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta dipandunya di Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur awal pagi tadi, menemui sebanyak 15 keping dokumen permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disyaki palsu.


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, tangkapan dibuat kira-kira pukul 6.10 pagi oleh anggota Balai Polis Sri Petaling sewaktu sedang melakukan tugasan rondaan cegah jenayah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Sewaktu sedang melakukan rondaan, anggota bertugas telah terlihat sebuah kereta jenis Honda City dipandu dalam keadaan mencurigakan dan telah bertindak menahan kereta berkenaan bagi tujuan pemeriksaan.

 

“Hasil pemeriksaan telah menemui sebanyak 15 keping dokumen permit PKPB disyaki palsu yang turut mempunyai tandatangan dan cop balai polis,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

 

Menurut Anuar, suspek, lelaki tempatan berusia 35 tahun itu telah dibawa ke hadapan Majistret Kuala Lumpur dan telah dibenarkan reman empat hari sehingga 27 April ini.

 

“Polis sedang menyiasat sama ada kesemua dokumen tersebut adalah untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 22(d) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) Pindaan 2021.

 

“Tindakan memalsukan permit pergerakan PKPB atas tujuan yang bertentangan dengan arahan semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) boleh dikenakan tindakan undang-undang,” tegas beliau.

 

 

-K! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, langkah itu bukan merupakan satu ketetapan dasar…
Berita Domestik
Beliau menerangkan bahawa trafik menghala ke Bentong ada pada tahap minimum dan hanya ada…
Berita Domestik
Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana mengesan peningkatan jumlah kenderaan untuk tempoh dua…