Status PKP Aidilfitri akan diumum esok

oleh Mohamad Hanif|
Kategori Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sempena perayaan Aidilfitri akan diumumkan esok, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Semua pihak diminta bersabar. Esok saya akan umum status PKP. Kalau saya umum hari ini, tidak jadi esoklah," katanya ketika ditanya mengenai status PKP berkenaan termasuk kebenaran rentas negeri dan daerah sewaktu perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada Isnin.

Sebelum ini, enam negeri kekal dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama dua minggu mulai 15 hingga 28 April ini melibatkan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak.

Sementara itu, 10 negeri lagi kekal dengan pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP), juga untuk tempoh yang sama dengan enam negeri PKPB, yang berakhir 28 April 2021.
 

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pegawai Perhubungan By The Billions, Afiq Feisal berkata, “Kami percaya bahawa sejak kejayaan…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton dianggarkan memegang pasaran sebanyak 22.7 peratus, atau peningkatan…
Telah Diuji
Ia bukanlah satu perkara yang kurang baik, memandangkan kebanyakan negara serta pengeluar automotif…