2019 - Antara kereta elektrik yang menarik menanti

oleh Mohamad Hanif|

Tahun 2018-2019 mungkin boleh dilihat sebagai zaman peralihan daripada kenderaan berkuasa enjin pembakaran dalaman kepada kereta berkuasa elektrik sepenuhnya. 

Untuk itu, mari kita lihat senarai kereta elektrik yang bakal mewarnai zaman peralihan ini sebelum industri beralih kepada kuasa elektrik secara sepenuhnya menjelang tempoh 2020-2025.
 

BMW i3 (Januari 2019)


BMW i3 bukanlah model baharu, akan tetapi merupakan model penambahbaikan serta dipertingkatkan kapasiti bateri serta jarak operasinya. 

Dengan pek bateri lithium ion berkapasiti 120 Ampere-hour (120 Ah), BMW mendakwa i3 ini mampu mencapai jarak operasi sejauh 310 km untuk sekali pengecasan penuh. 

 

Audi e-Tron (Mac 2019)


SUV elektrik pertama dari Audi ini mengambil pendekatan yang lebih konvensional dalam usaha untuk menarik lebih ramai orang menggunakan EV. 

Ia juga merupakan antara model pertama Audi yang menampilkan kamera sisi bagi menggantikan cermin sisi. 

Audi e-Tron mampu mencapai jarak sejauh 400 km mengikut kitaran WLTP, kurang 80 km berbanding Jaguar i-Pace. 
 

Kia E-Niro (musim luruh 2019)


Merupakan versi elektrik kepada crossover subkompak Niro, Kia E-Niro mampu mencapai jarak operasi sejauh 454 km.

Kia e-Niro hadir dengan motor elektrik berkuasa 150 kW dan pek bateri berkapasiti 64 kWh. 
 

Tesla Model Y (musim bunga 2019)


Berkongsi platform dengan Tesla Model 3, Tesla Model Y merupakan sebuah crossover kompak yang dijangka bakal diperkenalkan pada Mac nanti.

Tesla Model Y dikatakan akan menampilkan tempat duduk baris ketiga, sekaligus menawarkan ruang kabin yang lebih luas berbanding model pesaing Jaguar i-Pace dan Audi e-Tron. 
 

Mercedes-Benz EQC (musim bunga 2019)


Selain daripada EQC, Mercedes-Benz mensasarkan sekurang-kurangnya 10 buah EV yang akan dilancarkan di bawah jenama tersebut menjelang tahun 2025.

Dibangunkan berdasarkan platform GLC yang telah dimodifikasi, EQC bakal mempunyai konfigurasi motor elektrik berkembar - satu untuk setiap gandar - dan menawarkan ruang kabin yang lebih luas. 

EQC mampu mencapai jarak sejauh 400 km dengan pecutan sepantas 5.1 saat dari 0-100 km/j. 
 

Porsche Taycan (musim luruh 2019)


Salah satu model EV yang menarik untuk tahun 2019 ini hadir daripada jenama Porsche, dengan keupayaan mencapai jarak 480 km dan sistem pengecasan pantas Combined Charging System (CCS). 

Walaupun Porsche belum pun mengumumkan harga jualannya yang bakal diposisikan di antara Cayenne dan Panamera, CEO Porsche mendakwa 'Taycan sudah pun habis terjual untuk tahun pertama'. 
 

Aston Martin Rapide E (Oktober 2019)


Menggunakan Rapide S sebagai asas, ia merupakan model kereta elektrik pertama yang hadir daripada Aston Martin. 

Bagi mengelakkan sebarang perbezaan antara kedua-dua Rapide S dan Rapide E, Aston Martin bakal menggunakan kombinasi motor elektrik berkembar berkuasa 602 hp yang mampu menterjemahkan pecutan sepantas 4 saat dari 0-100 km/j!

Jarak operasi mampu mencapai 322 km mengikut kitaran WLTP.
 

Mini Cooper S E (musim luruh 2019)


Ini mungkin sebuah hot hatch pertama yang dikuasakan oleh elektrik sepenuh masa, mewarisi karakteristik yang dibawakan oleh Mini Cooper yang terdahulu. 

Posisi bateri menyebabkan EV ini mampu mencapai titik graviti yang rendah, dan Mini Cooper S E ini mampu memecut kurang daripada tujuh saat dari 0-100 km/j.
 

Polestar 2 (musim luruh 2019)


Dikatakan bakal menjadi pesaing terdekat kepada Tesla Model 3, model kedua daripada Polestar ini juga merupakan sebuah sedan empat pintu coupe. 

Polestar tidak mendedahkan angka rasmi spesifikasi model EV ini, namun ia dijangka bakal mempunyai kuasa sekitar 395 kuasa kuda daripada konfigurasi motor elektrik berkembar dan jarak sejauh 482 km.
 

DS 3 Crossback E-Tense (musim sejuk 2019)


DS 3 Crossback E-Tense merupakan EV pertama sepenuhnya yang dihasilkan daripada kumpulan automotif Perancis PSA. 

SUV ini bakal mempunyai jarak operasi sekitar 290 km (WLTP) dengan pecutan 8.7 saat dari pegun sebelum mencapai kelajuan 100 km/j. 

Sebagai jenama premium, DS akan melebihkan usaha mereka kepada penawaran dalaman yang serba mewah.
 

Volvo XC40 Electric (musim sejuk 2019)


Antara SUV yang menarik perhatian pada 2018 kini akan kembali pada tahun ini dengan versi elektrik sepenuh masa. 

Volvo XC40 versi elektrik tidak akan mempunyai perbezaan yang ketara daripada versi enjin petrol, walaupun perincian masih belum didedahkan kepada umum.
 

Honda Urban EV (musim sejuk 2019)


Ini mungkin salah satu model EV yang paling dinantikan oleh pemerhati industri, oleh kerana reka bentuknya yang comel diinspirasikan daripada Honda Civic generasi pertama. 

Beberapa bulan yang lalu, model ini dilihat sedang diuji di atas jalan raya dengan versi lima pintu dan bukan tiga pintu sebagaimana model konsep yang dipamerkan. 

Memandangkan ia akan dikategorikan sebagai sebuah kereta bandar, ia bakal mempunyai jarak operasi sekitar 250 km.

Sumber: Drive Tribe

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini ialah kerana Tesla masih lagi dalam usaha untuk mendapatkan lesen pengilangan dari Pihak…
Berita Global
Syarikat usahasama itu akan dibuat tahun hadapan dan akan beribu-pejabat di China. Nilai pelaburan…
Berita Global
Jika dibandingkan dengan EV yang lain, Lexus LF-30 menggunakan sistem konfigurasi motor elektrik…