Dengan hanya 500 unit sahaja dihasilkan (termasuklah 50 unit versi Nurburgring Package), Lexus LFA dikuasakan oleh enjin 4.8 liter bentangan V10 NA (kod 1LR-GUE) yang menghasilkan 553 hp dan 480 Nm, sementara versi Nurburgring pula berupaya menghamburkan 563 hp serta penukaran gear 0.05 saat lebih pantas.
Selain daripada enjin, Yamaha juga diberikan tugas untuk mereka kembali komponen tangki lonjakan (surge tank) supaya ia menghasilkan satu runut bunyi yang mampu berkomunikasi dengan pemandu.
Kesan daripada itu, bunyi yang terhasil dari dalam dan juga luar kereta adalah sangat unik kepada Lexus LFA, dan disifatkan sebagai bunyi yang terbaik pernah dihasilkan oleh sebuah supercar.
Untuk meraikan semula Lexus LFA yang kini sudah berusia 11 tahun, Careta ingin berkongsikan kepada pembaca beberapa video rakaman yang memaparkan enjin V10 beraksi dalam sebuah litar ujian di Jepun, beberapa tahun yang lalu.
Selain daripada beberapa unit Lexus LFA, rakaman itu juga turut menunjukkan sebuah Lexus LFA Roadster, di mana hanya dua unit sahaja dihasilkan sepanjang tempoh produksi.
Baca: Panduan servis Lexus LFA
Duduk, relaks, dan nikmati simfoni ngauman enjin V10 talaan Yamaha di atas litar.
Terima kasih kepada Carscoops!