Toyota Land Cruiser J100 masih digunakan sebagai kereta peronda di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebuah pasukan penjaga keamanan di Jepun, pihak polis di sana sudah pasti tidak mempunyai masalah untuk memilih kereta peronda yang bersesuaian dengan sifat tugas mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei untuk kegunaan dalam bandar atau pekan kecil yang sempit, polis Jepun juga gemar menggunakan SUV off-road Land Cruiser di kawasan luar bandar.
 

lankle


Seperti contoh, Land Cruiser J100 yang dipaparkan dalam artikel ini sebenarnya masih lagi digunakan sebagai kereta peronda di kepulauan Kyushu, barat Jepun.

Selain daripada liveri hitam putih yang menjadi identiti kereta peronda negara Jepun, Land Cruiser ini juga turut dibekalkan dengan perkakasan standard kepolisan, seperti sistem komunikasi, siren dan bar lampu mata arah.
 

lankle


Untuk keadaan tertentu, mereka juga turut menyediakan perkakasan tambahan seperti alat pemadam kebakaran dan parang kecil yang boleh digunakan untuk menebas ranting pokok yang mungkin menghalang laluan perjalanan.

Terdapat outlet kuasa khas di bahagian tempat duduk penumpang hadapan untuk pengecasan lampu limpah mudah alih, sementara tempat duduk belakang pula disediakan dua unit meja lipat untuk kegunaan semasa bertugas.
 

lankle

 

Pada ruang kargo belakang, terdapat beberapa kotak storan khas yang digunakan untuk meletakkan barangan penting termasuklah lampu baton keselamatan trafik, kon trafik, meter pengukur jalan dan bekas penyimpan ejen penyerap tumpahan minyak.

Untuk kegunaan musim sejuk, anggota peronda akan memasang rantai tayar bagi memudahkan pemanduan merentas jalan bersalji.
 

land kuru


Di kawasan spesifik yang tidak mempunyai infrastruktur jalan yang lengkap, Toyota Land Cruiser merupakan satu pilihan yang terbaik disebabkan praktikaliti, kebolehpercayaan dan keupayaan untuk menempuh apa jua bentuk muka bumi.

Menurut Toyota Jepun, kelibat kereta-kereta polis 'edisi terhad' seperti Land Cruiser ini sememangnya sukar untuk ditemui dan ia akan terus digunakan bagi menjamin kelancaran operasi terutama di kawasan tumpuan pelancongan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada barisan kereta sports dan supercar, ada juga pihak yang mula menggunakan kereta…
Berita Global
Seperti contoh, penghantaran organ penting untuk tujuan perubatan. Selain daripada Itali, sebuah…
Berita Global
Operasi yang dilakukan baru-baru ini turut merampas kenderaan yang dimiliki oleh ketua penjenayah,…