Lucid Air bertugas sebagai kereta peronda polis di Arab Saudi

oleh Mohamad Hanif|
Kami di Careta memang sukakan kepelbagaian yang cuba dipamerkan pada setiap pasukan polis di seluruh dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada barisan kereta sports dan supercar, ada juga pihak yang mula menggunakan kereta elektrik sebagai sebahagian daripada unit peronda mereka.

Di Arab Saudi, sebuah Lucid Air telah dijadikan sebagai unit kereta peronda polis, siap dengan liveri penguatkuasa, serta perumah lampu mata arah yang turut digunakan untuk membawa unit dron di atas bumbung.

 

 

Berdasarkan video oleh Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi di laman X (Twitter), Lucid Air tersebut dipamerkan bersempena dengan acara World Defense Show yang telah berlangsung pada 4-8 Februari yang lepas.

Agensi kerajaan tersebut tidak menyebut varian mana yang dipamerkan, namun berdasarkan rekaan rim yang digunakan, ia merupakan Lucid Air Pure versi pacuan roda belakang (RWD) dengan motor elektrik berkuasa 430 hp.
 

Lucid


Pecutan 0-96 km/j cuma 4.5 saat, sementara jarak gerak sejauh 660 km itu sudah cukup untuk membolehkan anggota polis meronda sepanjang hari.

Untuk info, 60 peratus daripada pegangan dalam Lucid Motors dipegang oleh dana kerajaan Arab Saudi, di mana kedua-dua pihak sebelum ini telah menandatangani perjanjian untuk membeli sehingga 100,000 unit EV dalam tempoh 10 tahun.

Lucid Motors yang turut mempunyai kilang EV di rantau tersebut dijangka akan memainkan peranan penting dalam peralihan Arab Saudi daripada bahan api fosil kepada kenderaan berkuasa elektrik.