Seperti contoh, penghantaran organ penting untuk tujuan perubatan.
Selain daripada Itali, sebuah lagi pasukan polis kini telah pun menerima kehadiran Urus Performante, iaitu Dubai Police.
Menurut pemangku ketua komander Dubai Police, Mejar Jeneral Ahmed Mohammed bin Thani berkata, "Urus Performante ini akan membantu Dubai Police dalam komitmen mereka untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk, pengekalkan keselamatan serta perkhidmatan di destinasi tumpuan pelancong.
Selain daripada liveri wajib polis berwarna hijau, Urus Performante ini turut dilengkapi dengan bar lampu mata arah pada atas papan pemuka serta sistem siren.
Sementara ruang kabin pula dilengkapi dengan skrin paparan mesej khas, kotak simpanan senjata, serta kelengkapan bantuan pertolongan cemas.
Crossover ini sudah ternyata ampuh dari kilang, jadi tiada keperluan bagi Dubai Police untuk menala kembali enjin bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar yang mampu menghasilkan 675 hp dan 850 Nm itu.
Dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.3 saat dan kelajuan maksimum 306 km/j, geng penjenayah sudah pasti perlu berfikir dua tiga kali sekiranya mahu melarikan diri dalam kereta cabuk.