Ketiga-tiga bekas pekerja itu ialah dari kaum African American dan menurut mereka, kes diskriminasi perkauman itu telah dilaporkan acapkai kepada agensi pekerjaan dan juga penyelia-penyelia Tesla tetapi menurut salah seorang dari mereka, Demetric Diaz, laporan beliau itu mungkin menjaid sebab beliau diberhentikan.
Jurucakap Tesla bagaimanapun berkata mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai isu perkauman dan pekerja-pekerja itu tidak diambil oleh Tesla tetapi oleh agensi pekerjaan.
Ini bukan kes pertama Tesla menerima aduan mengenai perkauman. Dan bulan ini Tesla telah membuang ratusan pekerja kerana prestasi yang kurang cemerlang.
Mungkin kita perlu melihat dengan lebih rapat lagi akan syarikat EV high-tech nombor satu dunia ini.