Tesla Model 3 Performance dengan Ludicrous Mode sudah boleh ditempah - Harga RM242k

oleh HEZERI SAMSURI|
Tesla Malaysia kini menawarkan satu lagi varian untuk sedan elektrik popular mereka, Model 3.

Varian Model 3 Performance dengan Ludicrous Mode mempunyai ruangan dalaman dan luaran yang sedikit berbeza.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang baharu yang lebih besar, sistem gantungan "adaptive" yang meningkatkan kemampuan pengendalian, angkup brek warna merah dan lencana Ludicrous Mode pada bamper belakang.

 

 

Kemampuan Tesla Model 3 Performance memang jauh lebih baik. Ia mampu memecut dari 0 ke 100 kmsj dalam masa 3.1 saat dan menawarkan jarak gerak sejauh 528 km menurut kiraan WLTP.

Kesemua model Tesla Malaysia layak untuk menerima insentif-insentif seperti harga jualan tanpa cukai import dan eksais duti, cukai jalan percuma dan rebat cukai pendapatan sehingga RM2,500 (juga terpakai untuk syarikat yang memajak EV).

Pembeli Model 3 dan Model Y juga boleh memohon program HCP2.0 jika menggunakan perkhidmatan sewa beli dari bank-bank terpilih Tesla.

 

Elemen baharu pada Model 3 Performance
Elemen baharu pada Model 3 Performance.

 

Mereka yang layak akan menerima pengecas Tesla Wall Connector, kabel Type 2 dan rebat RM300 untuk kos pemasangan pengecas dari vendor terpilih Tesla.

Untuk memandu uji Tesla Model 3 Performance atau model-model Tesla yang lain, hubungi call 1-800-810-655 untuk temujanji.

Bagi yang mahu terus menempah Model 3 Performance, layari  https://www.tesla.com/en_my/model3-performance

Di bawah ialah spesifikasi dan harga-harga untuk kesemua varian Tesla Model 3 di Malaysia.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nampaknya Musk terpaksa membuat pusingan U untuk Tesla di China kerana syarikat beliau telah…
Berita Global
Dalam perbicaraan tersebut, Tesla Power India Pvt Ltd memberi alasan bahawa perniagaan utama mereka…
Berita Domestik
Pelancaran ini memperlihatkan sejumlah 8 pengecas Tesla Supercharging V4, selain turut dilengkapi…