TESLA TURUN HARGA LAGI!

oleh Firdaus Razani|
Tesla baru-baru ini telah menurunkan lagi harga di beberapa pasaran utamanya, termasuk China dan Jerman selepas pemotongan harga di Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (EV) terutamanya terhadap EV China.

Pemotongan harga berlaku selepas Tesla melaporkan bahawa penghantaran kenderaan globalnya pada suku pertama jatuh buat kali pertama dalam tempoh hampir empat tahun.

Elon Musk yang juga CEO Tesla berkongsi di laman X beliau pada Ahad dengan menyatakan "Harga Tesla mesti kerap berubah untuk memadankan pengeluaran dengan permintaan,”.

 

 

Tesla pernah mencetuskan perang harga EV sejak setahun lalu dengan memotong harga secara agresif dengan mengorbankan margin keuntungan.

Tesla mengurangkan harga permulaan Model 3 yang dirombak di China sebanyak 14,000 yuan ($1,930) kepada 231,900 yuan ($32,000), ia disiarkan melalui laman web rasminya Ahad lalu.

Di Jerman, harga pacuan roda belakang Model 3 telah diturunkan kepada 40,990 euro ($43,670.75) daripada 42,990 euro.

Terdapat juga pemotongan harga di banyak negara lain di Eropah, Timur Tengah dan Afrika, kata jurucakap Tesla.

Harga kenderaan Model Y, Model X dan Model S AS dipotong sebanyak $2,000 pada hari Jumaat.

Pada hari Sabtu Tesla mengurangkan harga perisian pembantu pemandu Pemanduan Sendiri Penuhnya kepada $8,000 daripada $12,000 di Amerika Syarikat.

 

Laporan lanjut di Reuters

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelancaran ini memperlihatkan sejumlah 8 pengecas Tesla Supercharging V4, selain turut dilengkapi…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Tesla baharu sahaja mengumumkan tarikh bagi tontonan umum untuk model trak sensasi mereka iaitu…