Mengikut BuzzFeed yang pertama kali melaporkan insiden ini berkata, pekerja Tesla dipaksa menggunakan hari cuti bagi menyiapkan kerja sepanjang tempoh empat ke lima hari penghentian pengeluaran.
Tesla kini sedang berusaha menyiapkan 2,500 buah kenderaan seminggu menuju akhir suku tahun kedua. Apa yang membimbangkan kini ialah Tesla hanya mampu menyiapkan sebanyak 2,000 unit sahaja, dan barisan produksi yang hampir keseluruhannya dikuasai oleh robot membantutkan lagi keadaan.
Elon Musk mengakui kesilapannya suatu ketika dahulu yang terlalu mengagungkan sistem automasi dalam kilang pemasangan Model 3 akhirnya memakan diri sendiri.
Bulan Februari menyaksikan buat pertama kalinya Tesla menangguhkan sementara pengeluaran Model 3 selama empat hari bagi menjalankan kerja menyelenggara kelengkapan automasi untuk memperbaiki sistem automasi dan mengesan kesesakan yang berlaku.
Proses penangguhan sementara pengeluaran sesuatu model bagi mengenal pasti masalah yang berlaku merupakan suatu perkara biasa bagi sesetengah pengeluar. Walaubagaimanapun, ramai pakar berpendapat Tesla telah mengambil satu jalan mudah mempercepatkan proses bagi memasarkan produk mereka dengan lebih pantas, sehingga menyebabkan berlaku masalah pada awal fasa produksi.