Menggunakan asas daripada helmet Arai RX-7X, helmet khas ini dilayangkan dengan warna perlumbaan MotoGP Suzuki, diikuti dengan perkataan "100th Anniversary" pada bahagian pelindung dagu.
Sementara bahagian belakang pula menampilkan perkataan besar SUZUKI, serta logo GSX-RR.
Suzuki mengehadkan produksi helmet ini kepada 100 unit sahaja, dan 30 unit daripadanya dikhususkan untuk pasaran Jepun, dan terhad kepada saiz M, L dan XL sahaja.
Sekiranya anda kebetulan tinggal di sana, Suzuki Motor mengadakan cabutan secara dalam talian sebelum anda diberikan kebenaran untuk membeli helmet berharga ¥143,000 (RM5,208) ini.
Baki 70 unit lagi akan ditawarkan di peringkat global, namun sehingga artikel ini ditulis tiada sebarang perincian berhubung cara untuk mendapatkan helmet edisi ulang tahun yang ke-100 ini.
Sebagai makluman, Suzuki telah ditubuhkan pada tahun 1909.