DEBUT Suzuki GSX-R250 di Auto Expo 2018, India Februari depan

oleh Afandi Che Muhamad|
Enggan ketinggalan dalam kelompok saingan 250cc, Suzuki Motor Corporation hari ini mendedahkan bakal melakukan debut Suzuki GSX-R250 di Auto Expo 2018, India menjelang Februari depan.

Pengumuman berkenaan sekali gus menamatkan teka-teki berhubung pasaran pertama dunia yang bakal menerima penawaran model tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dikuasakan nadi enjin dua silinder sebaris, model baharu tersebut bakal diletakkan sebaris dengan model saingan lain seperti Yamaha YZF-R25 dan Kawasaki Ninja 250.

Antara ciri-ciri menarik lain yang terdapat pada Suzuki GSX-R250 ialah kotak transmisi enam gear, sistem brek antikunci (ABS) dan meter kelajuan dengan paparan digital.

Adakah Suzuki GSX-R250 bakal memasuki pasaran di Malaysia tidak lama lagi?

Hal itu diserahkan kepada pengedar sah jenama Suzuki di Malaysia, Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd. (Suzuki Assemblers) untuk pertimbangan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menggunakan asas daripada helmet Arai RX-7X, helmet khas ini dilayangkan dengan warna perlumbaan…
Telah Diuji
Bayangkan sebuah sedan keluarga yang menggunakan enjin dari jentera perlumbaan Formula 1. Tak…