Siri klasik 'Knight Rider' bakal difilemkan!

oleh Mohamad Hanif|
Antara siri rancangan kegemaran yang pernah ditayangkan pada suatu ketika dahulu adalah Knight Rider - kisah kereta yang boleh bercakap yang kini menjadi satu kelaziman dan kebanggaan pengeluar automotif negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan asal daripada Variety, Spyglass Media Group diberitakan akan menghasilkan sebuah filem berdasarkan kisah asal Knight Rider yang dibintangi oleh David Hasselhoff (Michael Knight). 

Mengikut jalan cerita asal, Michael Knight merupakan seorang agen misteri untuk Foundation for Law and Government (FLAG) serta memandu sebuah Knight Industries Two Thousand (KITT) - sebuah Pontiac Firebird Trans Am dengan teknologi masa hadapan. 

Filem tersebut bakal diarahkan oleh James Wan yang sebelum ini pernah menghasilkan karya seperti Aquaman, Saw, Insidious dan filem ketujuh dari francais Fast and Furious. 

Setakat ini, tiada sebarang informasi lanjut berkenaan barisan pelakon yang bakal digunakan. 

Namun, persoalan yang lebih penting, adakah David Hasselhoff akan kembali menyandang watak beliau sebelum ini? 

Dan adakah KITT akan dilahirkan semula dalam bentuk asal, atau dalam bentuk kereta yang lebih moden? 

Sumber: Variety

Berita Berkenaan

Berita Global
Selepas kira-kira 39 tahun rancangan tersebut ke udara, David Hasselhoff membuat kemunculan semula…
Berita Global
Tambah menarik apabila model KITT yang dimaksudkan itu sebenarnya dimiliki sendiri oleh pelakon…
Berita Global
Lupakan sebentar hype 'SUV bercakap' dan 'SUV yang tidak boleh bercakap' yang baharu sahaja…