KITT dengan tandatangan David Hasselhoff untuk dijual - RM248k sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lupakan sebentar hype 'SUV bercakap' dan 'SUV yang tidak boleh bercakap' yang baharu sahaja memasuki pasaran tempatan kerana anda mungkin terlupa akan model lagenda yang satu ini. 

Ya, siapa yang tidak kenal Knight Industries Two Thousand (KITT) Trans Am (kecuali generasi Tiktok dan Wechat),  kerana ini merupakan kereta bercakap yang anda mahu miliki, walaupun hanya sekadar replika.

Disenaraikan di dalam laman sesawang eBay, Pontiac Firebird Trans Am ini merupakan model replika paling realistik pernah wujud, lihat sahaja kepada rekaan papan pemuka yang ada di ruang kabin.
 


KITT ini turut dilengkapi dengan lampu strobe yang berfungsi, sistem aplikasi interaktif yang mampu 'menjawab' soalan anda, sistem audio kustom, serta bumbung gelas t-tops yang boleh dialihkan.

Untuk menambah elemen nostalgia kepada kereta bercakap ini, David Hasselhoff selaku pelakon utama (Michael Knight) dalam siri tersebut menurunkan tandatangan beliau yang boleh dilihat pada papan pemuka. 
 


Dengan jarak perbatuan 112,654 km, KITT ini dijual pada harga sekitar $59,999 (RM248 ribu) sahaja, dan anda perlu menambah wang sekiranya ingin membawa KITT ini ke jalan raya Malaysia. 

Cuma kekurangannya, anda memerlukan imaginasi yang infiniti untuk mengarahkannya memandu secara autonomi seperti di dalam cerita Knight Rider, serta mengakses ciri-ciri yang hanya wujud di dalam kisah fiksyen itu. 

Atau, anda perlu melihat diri sendiri di depan cermin dan mula mengakui yang diri anda sebenarnya bukannya Michael Knight, watak utama di sebalik kereta KITT ini. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selepas kira-kira 39 tahun rancangan tersebut ke udara, David Hasselhoff membuat kemunculan semula…
Berita Global
Menurut laporan asal daripada Variety, Spyglass Media Group diberitakan akan menghasilkan sebuah…