David Hasselhoff sahkan Knight Rider reboot sedang dalam pembikinan!

oleh Mohamad Hanif|
Para peminat rancangan televisyen era 80-an sudah pasti sukar untuk melupakan kelibat Pontiac Firebird Trans-Am yang digunakan sebagai kereta hero dalam siri Knight Rider lakonan David Hasselhoff.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selepas kira-kira 39 tahun rancangan tersebut ke udara, David Hasselhoff membuat kemunculan semula bersama-sama kereta replika KITT itu di dalam acara Kelly Clarkson Show.

Bercakap berkenaan tahap kesesuaian Knight Rider, menurut Hasselhoff sesetengah daripada teknologi moden yang ada pada ketika ini adalah hampir sama dengan apa yang cuba mereka ketengahkan di dalam siri Knight Rider itu.

"Kereta boleh bercakap, kereta mampu pandu sendiri, kereta boleh parkir sendiri," ujar Hasselhoff.

 


Malah, ketika zaman ketiadaan teknologi grafik komputer (CGI), mereka hanya bergantung sepenuhnya kepada penggunaan aksi stunt  dan juga kesan praktikal pada cerita fiksyen tersebut.

Apa yang mengejutkan adalah David Hasselhoff turut mengesahkan filem reboot Knight Rider sedang dalam pembikinan walaupun kami yakin ini bukanlah kali pertama berita ini didengari.

Terdahulu pada tahun 2014, terdapat khabar angin yang mengatakan filem reboot Knight Rider sedang dirancang dan menggandingkan pelakon seperti John Cena dan Kevin Hart.

Namun beberapa laporan terkini mencadangkan projek itu kembali berjalan dan bakal diarahkan oleh James Wan yang pernah mengarahkan filem Furious 7.

David Hasselhoff mengesahkan berita itu Januari lalu, namun beliau masih belum mengetahui sama ada bakal beliau menggalas  kembali watak sebagai Michael Knight ataupun tidak.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tambah menarik apabila model KITT yang dimaksudkan itu sebenarnya dimiliki sendiri oleh pelakon…
Berita Global
Menurut laporan asal daripada Variety, Spyglass Media Group diberitakan akan menghasilkan sebuah…
Berita Global
Lupakan sebentar hype 'SUV bercakap' dan 'SUV yang tidak boleh bercakap' yang baharu sahaja…