Sergio Marchionne, bekas CEO Fiat Chrysler meninggal dunia

oleh SALINA JALIL|
Sergio Marchionne, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fiat Chrysler yang merupakan arkitek pemulihan dramatik jenama kereta Fiat Chrysler telah meninggal dunia sebentar tadi pada usia 66 tahun.

Kematiannya disahkan oleh Exor NV, syarikat induk Fiat, hanya beberapa hari selepas Marchionne digantikan sebagai CEO. Tahap kesihatan beliau telah menurun secara tiba-tiba selepas komplikasi dari pembedahan bahu.

Marchionne merancang untuk meninggalkan Fiat pada 2019, tetapi tahap kesihatan beliau mula merosot dan pada 21 Julai yang lalu beliau digantikan oleh Mike Manley selaku Ketua Pegawai Eksekutif Fiat Chrysler yang baharu.

Marchionne dilahirkan pada 17 Jun 1952, di Chieti, sebuah bandar berbukit di puncak lautan Adriatik di tengah Itali. Ayahnya adalah seorang anggota polis tempatan, dan ketika Marchionne berumur 14 tahun, keluarga beliau berpindah ke Toronto. Beliau juga memang dua taraf kewarganegaraan iaitu Kanada dan Itali.

Marchionne memulakan kerjayanya di Kanada di Deloitte & Touche, kemudian berpindah ke Lawson Group. Pada tahun 1994, Marchionne menyertai Alusuisse Lonza Group Ltd.

Tiga tahun kemudian, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Alusuisse, beliau memperoleh keuntungan tiga kali ganda bagi tiga tahun pertama sewaktu bertugas di sana. Marchionne juga terkenal dengan reputasinya sebagai pakar pemulihan.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Fiat SpA pada bulan Jun 2004, Marchionne telah berjaya memulihkan syarikat pengeluar Itali itu dari ambang muflis ke New York Stock Exchange pada 13 Oktober 2014 dengan merasmikan Fiat Chrysler Automobiles NV.

Marchionne adalah CEO kelima Fiat dalam masa kurang daripada dua tahun ketika beliau mengambil alih. Dia menggantikan Giuseppe Morchio, yang dihentikan setelah keluarga Agnelli Milyuner menolak permintaan Morchio yang meminta jawatan Pengerusi dan CEO syarikat Fiat, Agnelli kemudian meninggal dunia kerana penyakit kanser. 

Marchionne diberikan tugas untuk memulihkan syarikat pengeluar kereta yang telah kehilangan lebih dari 6 bilion Euro pada tahun 2003. Menjelang tahun 2005, beliau telah berjaya memulihkan kedudukan kewangan syarikat tersebut dengan keuntungan sebanyak 2 bilion dollar dari satu pakatan dengan General Motors Co.dengan memberhentikan ribuan pekerja, memperkenalkan model-model baharu dan mengurangkan masa menunggu yang diperlukan untuk mendapatkan kereta baharu, dari empat tahun ke 18 bulan sahaja. 

Pada tahun 2009, pentadbiran A.S. Presiden Barack Obama mengumumkan bahawa Fiat akan menguasai Chrysler LLC, bagi menyelamatkan syarikat Amerika dari muflis.

Cass Burch, pengedar Chrysler dan Jeep di Georgia berkata,"saya tidak peduli dengan tohmahan bahawa beliau adalah seorang yang sukar untuk bekerjasama kerana dia adalah penyelamat syarikat kami dan sepatutnya dibuat arca gangsa kepada beliau"

Semasa bertugas di Fiat, Marchionne meningkatkan nilai syarikat lebih daripada 10 kali ganda dengan menyusun semula strategi perniagaan auto dan memisahkan aset. Antara spinoff yang terbesar ialah penyenaraian supercar 2015 Ferrari NV.


Marchionne terkenal dengan sikap yang kental dan berterus terang, dari segi pemakaian beliau lebih gemar memakai seluar jeans dan berbaju pullover hitam. Beliau gemar bergerak pantas dan sering memandu laju kereta-kereta Ferrari beliau (koleksi kereta Ferrari beliau dikatakan berpuluh-puluh buah kereta). Dia juga pernah berkata bahawa cara terbaik untuk menenangkan api kemarahan adalah memandu dan tiada cara lain yang lebih baik dari itu.  

Beliau juga tahu kelajuan boleh membawa maut. Pada tahun 2007, beliau terbabit dengan kemalangan yang membabitkan sebuah jentera Ferrari yang bernilai $ 350,000 di lebuh raya di Switzerland. "Dalam perniagaan kereta, kadangkala anda terhempas," katanya. Namun, walaupun dia mendapat kritikan dari ahli politik dan kesatuan pekerja, Marchionne berpendapat bahawa pergerakan perlahan mungkin lebih berisiko dan apabila beliau mengambil alih kedua-dua Fiat dan Chrysler, beliau berpendapat bahawa syarikat-syarikat itu memerlukan perubahan radikal agar dapat bertahan.

Marchionne yang gemarkan Espresso dan meminumnya sebanyak sedozen sehari dan perokok tegar Muratti, pernah bertindak menyerang Fiat dan memecat kebanyakan pengurusan atasan, kemudian melakukan perkara yang sama di Chrysler pada tahun 2009 dan mengambil pekerja baharu pada hari kedua. 
 

Perjanjian Chrysler adalah sebahagian daripada kempen lama Marchionne telah melancarkan penggabungan dalam industri automotif, beliau mendakwa mempunyai kapasiti yang terlalu banyak untuk semua pemain untuk bertahan. Untuk itu, beliau secara terbuka berkempen untuk penggabungan dengan General Motors Co pada tahun 2015 tetapi ditolak oleh pembuat kereta A.S.

 

Salam takziah dari kami di Careta  dan yang pasti beliau berjaya kerana sifat dedikasi dan tidak mengalah atau mengundur diri apabila cabaran diberikan. Salute.

 

nota: berita dari Bloomberg.news
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pemiliknya, Stellantis percaya model perniagaan terbaharu Fiat yang menawarkan pemasaran dari segi…
Berita Domestik
Untuk pasaran Malaysia, kumpulan itu sekarang diwakili oleh Peugeot sahaja dan bulan November lalu…
Berita Global
Kini, lebih banyak perincian didedahkan secara rasmi bagi mereka yang mahukan sebuah kuadirisikal…