Fiat 500e - mahu pikat pasaran EV US guna kecantikan?

oleh HEZERI SAMSURI|
Fiat mahu memikat pasaran EV di US dengan model terkini mereka, 500e dengan cara "kecantikan" dan "muzik".

Fiat yang keluar dari pasaran negara itu selepas melihat jualannya merudum ke 160 unit dalam tahun 2022 bakal melancarkan serangan kembali dengan model-model EV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pemiliknya, Stellantis percaya model perniagaan terbaharu Fiat yang menawarkan pemasaran dari segi fesyen dan seni mampu menjual 500e kepada kelompok pemandu modern.

Malah, Fiat mahu menjual 500e melalui aplikasi interaktif digital, memudahkan pembeli yang tidak perlu ke dewan pameran.

Dua varian istimewa 500e juga akan diperkenalkan di US, Inspired By Music dan Inspired By Beauty.

Penggunaan sistem audio JBL serta fungsi Adas Peringkat Kedua juga diberikan, disamping warna-warna menarik.

Menurut Aamir Ahmed, ketua jenama Fiat Amerika Utara, pemandu-pemandu di Miami, New York Citu, Boston, Washington DC dan banyak lagi cuma memandu sejauh 64 km sehari, lebih dari jarak gerak yang ditawarkan oleh 500e.

Fiat 500e datang dengan bateri lithium ion 42kWh dan menghasilkan 117hp dan 220Nm. Ia mampu dicaj sehingga 80 peratus dalam jangka masa 35 minit menggunakan pengecaj pantas DC 85kW.

Jarak gerak Fiat 500e ialah 240 km dan harga yang dijangkan di US ialah bermula dari US$32,500. 

Fiat 500e atau dikenali sebagai New 500 ialah antara EV paling popular di Eropah.

* Berita penuh di WardsAuto

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk pasaran Malaysia, kumpulan itu sekarang diwakili oleh Peugeot sahaja dan bulan November lalu…
Berita Global
Kini, lebih banyak perincian didedahkan secara rasmi bagi mereka yang mahukan sebuah kuadirisikal…
Berita Global
Model ini juga turut dijenamakan semula sebagai Opel Rocks Electric, dan terbaharu oleh Fiat,…