Fiat Topolino 2023 hadir dengan pelbagai aksesori, dari RM50k di Itali

oleh Mohamad Hanif|
Bulan lepas, Fiat ada memperlihatkan model kenderaan elektrik terbaharu yang ditukarkan lencana dan rupanya daripada Citroen Ami, iaitu Fiat Topolino.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, lebih banyak perincian didedahkan secara rasmi bagi mereka yang mahukan sebuah kuadirisikal yang lebih unik berbanding Citroen Ami dan Opel Rocks-e.
 

fiat


Sebagai permulaan, Fiat Topolino ditawarkan dalam dua konfigurasi badan, iaitu Topolino standard untuk kegunaan dalam bandar, serta Topolino Dolcevita yang lebih santai dengan rekaan bumbung kanvas dan tali bagi menggantikan pintu.

Penawaran aksesori juga tidak kurang hebatnya, di mana pembeli boleh mendapatkan rak barangan krom Dolcevita Box, efek kemasan kayu pada pintu, pancur air, serta opsyen seperti kipas USB, pembesar suara Bluetooth, termos dan pelindung tempat duduk yang boleh bertindak sebagai tuala.
 

fiat


Hanya ada satu warna sahaja yang ditawarkan, iaitu hijau cair Verde Vita, diikuti dengan satu rekaan rim yang klasik.

Fiat Topolino membawakan spesifikasi motor elektrik yang sama seperti Citroen Ami, iaitu jarak gerak sejauh 75 km, kelajuan tertinggi 45 km/j, dan pengecasan bateri 5.4 kWh selama empat jam dari 0-100 peratus SoC.
 

fiat


Harga jualan Fiat Topolino bermula dari 9,890 euro (RM50 ribu), atau hampir 2,000 euro lebih mahal berbanding Citroen Ami.

Sama seperti Citroen Ami, Fiat Topolino boleh dipandu oleh golongan muda sekurang-kurangnya 14 tahun selagi mereka mempunyai lesen motosikal, namun di kebanyakan pasaran Eropah, ia boleh dipandu oleh golongan berusia 16 tahun.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia diklasifikasikan di bawah segmen kuadrisikal, bermakna Ark Zero bakal memberikan saingan rapat…
Berita Global
Model ini juga turut dijenamakan semula sebagai Opel Rocks Electric, dan terbaharu oleh Fiat,…