Pencapaian ini sekaligus meletakkan jurang 146 km/j pada rekod terpantas yang pernah dicatatkan oleh Tesla Model S Plaid (296 km/j) pada tahun lalu.
Cubaan terbaharu itu dibuat di litar Automotive Testing Papenburg, Jerman.
Litar tersebut mempunyai seksyen lengkungan pantas yang panjang sebelum dihubungkan dengan jalan lurus sepanjang 4 km, menjadikannya lokasi yang sesuai untuk ujian sebegini.
Tiada sebarang modifikasi yang dilakukan, melainkan dengan menyahkunci pengehad kelajuan dan memasang tayar Michelin Cup 2R yang disemak sendiri oleh juruteknik Michelin sebelum catatan rekod dibuat.
Mengikut spesifikasi, Rimac Nevera mempunyai trenkuasa empat motor elektrik dengan hamburan kuasa 1,914 hp dan 2,360 Nm, dipadankan dengan pek bateri 120 kWh.
Menariknya, empat tahun yang lalu, Rimac menjangkakan kereta hiper Nevera ini mampu mencapai kelajuan tertinggi 412 km/j ketika mereka memperlihatkan model konsep C_Two di Geneva Motor Show.
Namun, untuk kegunaan biasa kelajuan tertinggi Nevera akan dihadkan kepada 352 km/j sahaja.
Prestasi penuh jentera elektrik ini hanya akan dinyahkunci oleh Rimac pada acara khas untuk para pelanggan mereka dengan sokongan penuh daripada pasukan Rimac dan keadaan yang terkawal.
Baca: Rimac Nevera