Rimac C_Two dapat nama rasmi - Nevera, 1,914 hp/2,360 Nm, 0-300 kmsj dalam 9.6 saat!

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar hypercar dari Croatioa, Rimac Automobili akhirnya secarar asmi melancarkan versi produksi kepada model konsep C_Two yang diberikan nama Rimac Nevera bersempena dengan nama ribut Mediterranean.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rimac tidak sekadar berdiam diri tanpa melakukan sebarang penambahbaikan, di mana perubahan yang besar boleh didapati dari segi aspek aerodinamik jika dibandingkan dengan model prototaip tempoh hari.

Sebagai contoh, mod Low Drag yang diaktifkan boleh mengurangkan pekali seretan kepada 0.30 sementara mod High Downforce pula mampu menambah sebanyak 326 peratus daya turun!

 


Pada kelajuan rendah, jurutera Nevera berjaya mencapai 30 peratus penambahbaikan dan 7 peratus pada kelajuan yang lebih tinggi menjadikan versi produksi ini mempunyai kadar keberkesanan aerodinamik 34 peratus jauh lebih baik berbanding prototaip Rimac C_Two.

Kereta produksi kedua Rimac ini juga mempunyai spesifikasi kuasa yang cukup mengkagumkan, tetapan empat motor elektrik berupaya menghasilkan 1,914 kuasa kuda dan 2,360 Nm daya kilas.

Ia menjadikan pecutan 0-100 km/j dalam masa 1.97 saat (0-60 batu sejam dalam 1.85 saat), manakala pecutan 0-300 km/j pula hanya mengambil masa sekitar 9.3 saat.

 


Pecutan suku batu pula boleh diselesaikan dalam masa 8.6 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 412 km/j.

Memandangkan ia sebuah hypercar yang sangat berkuasa, jarak operasi juga turut diberikan penumpuan dengan menggunakan pek bateri berkapasiti 120 kWh yang membolehkan ia bergerak sejauh 550 km (data WLTP).

Tempoh pengecasan pula mengambil masa sepantas 22 minit dari sifar ke 80 peratus dengan menggunakan sistem pengecasan pantas 500 kW.

 


Menurut Rimac, pek bateri yang dimuatkan merupakan sebahagian daripada struktur utama hypercar itu sendiri, di mana ia menyumbang kepada 37 peratus kekakuan struktur casis monocoque gentian karbon, selain nisbah pengagihan berat badan 48/52 depan dan belakang.

Dengan berat sekitar 2,150 kg, Rimac Nevera memerlukan sistem pemberhentian daripada Brembo, terdiri daripada rotor seramik karbon 390 mm dan angkup enam omboh, dibantu dengan sistem brek regeneratif.

 


Hypercar elektrik Rimac Nevera hanya dihadkan produksinya kepada 150 unit sahaja di peringkat global dan memerlukan anda melaburkan wang sebanyak €2 juta (RM10 juta) sahaja.

Bukan itu sahaja, Rimac juga turut menawarkan pakej khas seperti GT, Signature, Timeless dan Bespoke serta beberapa opsyen penyesuaian supaya 'tiada dua Rimac yang serupa keluar dari barisan pengeluaran.'

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pencapaian ini sekaligus meletakkan jurang 146 km/j pada rekod terpantas yang pernah dicatatkan…
Berita Global
Video tersebut dimulakan dengan babak mesyuarat oleh pasukan pembangun Rimac yang membincangkan…