Koenigsegg Regera padamkan rekod 0-400-0 km/j Rimac Nevera - 28.81 saat!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak pun sampai sebulan, rekod 0-400-0 km/j sepantas 29.93 saat yang dicatatkan oleh Rimac Nevera 1,888 hp telah dipecahkan kembali oleh hypercar yang pernah dikalahkannya - Koenigsegg Regera.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam catatan terbaharu yang dibuat, Koenigsegg Regera berjaya melengkapkan pecutan 0-400-0 km/j dalam masa 28.81 saat sahaja.
 

Regera


Sebagai perbandingan, cubaan yang sama pernah dilakukan oleh Regera pada tahun 2019, di mana pada ketika itu hypercar itu berjaya mencatatkan masa 31.49 saat mengalahkan rekod Agera RS tahun 2017 (33.29 saat).

Selain daripada itu, Koenigsegg Regera juga merupakan kereta jalanan terpantas yang mencapai kelajuan 402 km/j dan berhenti sepenuhnya dalam masa 29.6 saat.
 

Regera


Kedua-dua rekod tersebut dibuat di landasan lapangan terbang Örebro, barat ibu kota Stockhom.

Lokasi tersebut mempunyai landasan sejauh 3,274 meter, jarak yang cukup panjang untuk membolehkan Koenigsegg menghamburkan 1,500 hp daripada nadi V8 5.0 liter bi-turbo.

Selain daripada itu, Koeningsegg mendakwa permukaan landasan yang digunakan pada cubaan kali ini adalah lebih licin berbanding cubaan terdahulu, sementara hypercar tersebut dipasangkan dengan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 R baharu.

 

 

Rimac Nevera 0-400-0 km/j

Berita Berkenaan

Berita Global
Mod pemanduan WTF itu sebenarnya didatangkan secara standard pada varian Edition 1 yang dilengkapi…
Berita Global
Dalam satu ujian pecutan yang dibuat oleh MazdaMovement, Mazda3 dengan enjin 2.5 liter turbo…
Informasi
Jika diturutkan kepada teori pecutan, ia didefinisikan sebagai kadar perubahan halaju terhadap masa…