Proton sah daftar tanda dagangan X50

oleh Mohamad Hanif|
AION MREC Banner Campaign May 2024

Benarlah tekaan yang dilontarkan sebelum ini, apabila Proton didapati sudah mula mendaftakan tanda dagangan X50 bagi model terbaharu yang bakal dipasang di Tanjung Malim selepas X70.

Baca: Geely SX11 sah sebagai Proton X50?

Hal ini didedahkan oleh rakan media Carlist.my menerusi carian di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) mengesahkan nama tersebut akan digunakan oleh pengeluar automotif pertama Malaysia itu. 

 


Proton X50 akan menggunakan asas daripada Geely SX11 (Geely Bin Yue), di mana ia bakal menawarkan enjin 1.5 liter turbo (174 hp/255 Nm) digandingkan dengan transmisi DCT tujuh nisbah kelajuan. 

Terdapat juga enjin 1.0 liter turbo (134 hp/205 Nm) dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan, namun tidak dapat dipastikan adakah kedua-dua versi enjin ini bakal mendarat di Malaysia.

Ia juga turut dilengkapkan dengan ciri pemanduan autonomi tahap kedua (Level 2 Autonomy), sistem hiburan GKUI serta brek kecemasan automatik sebagai ciri standard. 

 


Difahamkan Proton sudah pun memulakan fasa pengujian dalam dunia sebenar bagi model SUV segmen B itu di beberapa lokasi dalam Malaysia, seperti yang kami laporkan sebelum ini. 

Baca: Gambar intipan Proton X50 di Melaka

Proton X50 akan menjadi model kedua CKD setelah proses pembesaran fasiliti Tanjung Malim selesai, di mana SUV X70 bakal memulakan fasa pemasangan CKD tidak lama lagi. 

Selain daripada Proton X70 dan Proton X50, pengeluar tersebut turut mendapatkan hak untuk memasang Geely VF11 yang disebut-sebut sebagai pengganti Proton Exora yang kini sudah terlalu lama berada di pasaran. 

 


Sumber: Carlist.my

Sumber gambar: Ajerul

Berita Berkenaan

Kereta
Setelah empat tahun berlalu, kami di Careta telah meminjam sebuah Proton X70 varian 1.8 TGDI…
Berita Domestik
Jualan bagi empat bulan pertama tahun 2024 juga meningkat kepada 50,175 unit, lebih tinggi daripada…
Berita Domestik
Pembukaan pusat R&D PROTON (China) di Institut Penyelidikan Automobil Geely (GRI) di Teluk…