Geely SX11 sah sebagai Proton X50?

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada SUV segmen C yang baharu sahaja dilancarkan oleh Proton baru-baru ini, jenama automotif tempatan tersebut dikatakan bakal membawakan beberapa buah model Geely untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kali ini, tanpa segan silu dan selindung, laman Instagram Geely Auto telah memberikan bayangan bahawa sebuah crossover segmen B daripada Geely bakal dibawa masuk ke dalam barisan kenderaan Proton. 

Geely SX11, atau Proton X50 seperti yang didakwa oleh Geely itu bakal diposisikan di bawah Proton X70. 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#geelysx11 #sx11 #geely 6MT OR 7DCT #protonx50 #proton

A post shared by geely جيلي (@geely_auto) on


Sekiranya mengikut garis masa produk baharu Proton yang dirancangkan sebelum ini, sebuah crossover segmen B bakal diperkenalkan dalam tahun 2019, jadi Geely SX11 merupakan calon yang sesuai untuk mengisi tempat yang telah diperkatakan itu. 

Geely SX11 (Proton X50) ini dibangunkan menggunakan platform BMA (B-Segment Modular Architecture) dan bakal dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo tiga silinder yang mampu menjana 161 hp dan 255 Nm daya kilas, sebelum digandingkan dengan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan

Sama-sama kita nantikan bagaiman Proton X50 ini menarik perhatian umum, memandangkan ia bakal berentap di dalam kelas crossover segmen B bersama-sama Mazda CX-3, Honda HR-V dan juga Renault Captur.
 

Pembetulan: Akaun tersebut bukanlah akaun rasmi Instagram Geely. Jadi anggaplah berita ini sebagai secubit garam ke dalam lauk masakan automotif tempatan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Geely Binyue (Geely SX11), crossover segmen B yang dibangunkan berdasarkan platform B-segment…
Berita Domestik
Pengeluar kereta nasional, Proton kini nampaknya bersedia untuk melebarkan sayapnya di dalam…