Perayaan Krismas - Tol percuma pada 23, 26 Disember

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Pengguna lebuh raya diberi kemudahan tol percuma selama dua hari pada 23 dan 26 Disember sempena cuti perayaan Krismas.

Kementerian Kerja Raya (KKR) berkata, pengecualian tol diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara, iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kenyataan itu, pemilihan tarikh pemberian tol percuma berkenaan, yang dipersetujui KKR dan syarikat konsesi bertujuan mengelak penumpuan trafik pada hari perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke bandar.

Selain itu katanya, ia dapat dapat mengoptimumkan pengoperasian dan penyelarasan logistik tambahan serta keperluan logistik lain yang melibatkan pihak ketiga di sepanjang kawasan hentian sebelah dan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di lebuh raya.

"Selaras dengan semangat perpaduan Malaysia Madani, Kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma selama dua hari kepada para pengguna lebuh raya bagi semua jenis kenderaan bersempena dengan sambutan perayaan Hari Krismas yang akan disambut pada 25 Disember 2023," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dengan pelaksanaan tol percuma ini, KKR berharap ia dapat meringankan beban perjalanan rakyat Malaysia yang merancang pulang ke kampung halaman untuk melawat ahli keluarga dan menyambut Hari Krismas atau bercuti bersama-sama keluarga sempena musim cuti sekolah.

Katanya, ia juga selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan.

"Diharapkan pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang ini dan merancang perjalanan dengan sebaiknya serta mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan yang disyorkan.

"Pengguna juga perlu menitikberatkan aspek keselamatan dengan mematuhi had laju, papan tanda dan peraturan-peraturan di sepanjang lebuh raya," jelas kenyataan itu.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan untuk menyemak status trafik atau sebarang insiden di lebuh raya yang akan dikemas kini di media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu di Facebook dan aplikasi X @LLMtrafik secara berkala.

Untuk maklumat terkini dan keadaan trafik, orang ramai boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk mendapatkan laporan terkini.

- Masih perlu sentuh kad Touch 'n Go ya di alat pembaca kad bagi merekodkan jumlah perjalanan -

Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
“Sehari kira-kira RM19 juta dibayar kerajaan melalui Kementerian Kewangan. Jadi kali ini itulah…
Berita Domestik
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pengecualian tol akan diberikan di…
Berita Domestik
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata bagi mengimbangi perbelanjaan perlu…