POLISI TOL PERCUMA DITERUSKAN, TERMASUK AIDILFITRI 2024

oleh Firdaus Razani|
Sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, kerajaan mengumumkan untuk meneruskan polisi pemberian tol percuma sepanjang 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata bagi mengimbangi perbelanjaan perlu ditanggung kerajaan, pengecualian tol hanya diberi kepada kenderaan persendirian iaitu kenderaan kelas satu dan dilaksanakan bermula tahun ini.

Untuk kenderaan kelas lain seperti kenderaan komersil, tiada sebarang pengecualian tol.

Beliau berkata demikian dalam jawapan lisan menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) di Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, Alexander berkata pemberian pengecualian tol bagi tahun lalu membabitkan 53.91 juta transaksi tol dengan anggaran pampasan yang perlu ditanggung oleh kerajaan sebanyak RM206.19 juta.

Daripada jumlah itu katanya, pampasan sebanyak RM41.21 juta diberi sempena Tahun Baharu Cina, sementara Hari Raya Aidilfitri (RM80.07 juta); Deepavali (RM42.31 juta) serta RM42.60 juta sempena Krismas.

“Pengecualian tol sempena musim perayaan ini bertujuan membantu meringankan beban rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan dalam meraikan hari perayaan masing-masing bersama keluarga tercinta di kampung halaman,” katanya.

 

SUMBER : BuletinTV3

Berita Berkenaan

Informasi
“Sehari kira-kira RM19 juta dibayar kerajaan melalui Kementerian Kewangan. Jadi kali ini itulah…
Berita Domestik
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pengecualian tol akan diberikan di…
Berita Domestik
Menurut Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, pemberian tol percuma itu bagi meraikan kesemua…