“Sehari kira-kira RM19 juta dibayar kerajaan melalui Kementerian Kewangan. Jadi kali ini itulah yang diputuskan iaitu (tol percuma) pada 8 dan 9 April dan itu keputusan Kabinet.
“Jadi kita harap semua syarikat konsesi terlibat dapat menjalankan perkhidmatan dengan baik,” katanya selepas sesi Tinjauan Persediaan Plus Menghadapi Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri di Persada PLUS, pada Jumaat.
Terdahulu, Kementerian Kerja Raya memaklumkan dasar pemberian tol percuma untuk semua perayaan utama sepanjang tahun ini akan diteruskan termasuk bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri, April ini.
Bagaimanapun kata Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pemberian tol percuma itu hanya diberikan kepada kenderaan persendirian iaitu kenderaan kelas satu sahaja.
Jelas beliau, langkah itu diambil bagi mengimbangi perbelanjaan yang perlu ditanggung kerajaan ketika ini.
Berbanding tahun lalu, Kerajaan Madani mengumumkan pemberian tol percuma selama empat hari sempena Aidilfitri melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan.