Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas pemandu Mercedes-Benz memandu melawan arus sebelum melanggar Honda Jazz berkenaan.
"Akibatnya pemandu dan penumpang Honda Jazz maut.
"Polis mengambil sampel darah pemandu Mercedes-Benz berusia 30 tahun bagi ujian kandungan alkohol atau dadah.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 " katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Hairulnizam Mohd Noh berkata, seramai 20 anggota dengan dua jentera, satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta tiga unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dari BBP Iskandar Puteri dan BBP Larkin dihantar ke tempat kejadian.
"Kemalangan mengakibatkan seorang lelaki dan wanita dalam Honda Jazz maut manakala seorang lagi lelaki dalam Mercedes-Benz cedera parah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA)," katanya.