Penghantar makanan wanita, kanak-kanak dua tahun maut nahas jalan raya

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari IPD Gombak
Seorang wanita bersama kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di kilometer 10.2 Jalan Batu Caves, di Gombak, menghala ke Selayang, Jumaat malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Abang Kaderi Abang Wasri berkata, dalam kejadian jam 8.13 malam itu, mangsa bersama rakan dan anak rakannya menaiki motosikal sebelum bergesel dengan sebuah kenderaan dari arah sama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Akibat pergeseran itu, motosikal yang dinaiki mereka bertiga hilang kawalan dan terbabas, menyebabkan penunggang motosikal berusia 29 tahun dan anak pembonceng meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan kecederaan parah di kepala," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Sabtu.

Abang Kaderi memaklumkan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Sementara itu, pembonceng motosikal berusia 23 tahun yang cedera parah sedang menjalani rawatan di hospital sama.

Abang Kaderi berkata, penunggang motosikal yang bekerja sebagai penghantar makanan ketika itu dalam perjalanan ke sebuah pasar borong di Selayang.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor Amira Abu Hassan di talian 019-6026596, bilik gerakan IPD Gombak (03-61262222) atau mana-mana balai berdekatan.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mohd Yuree Ranoff Mohd Bachuri, 41, Azharul Azuan Mohd Azan, 34, Tengku Izham Tengku Hamid, 22,…
Berita Domestik
Mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan penurunan kadar asas daripada RM5 kepada RM4.…
Berita Domestik
"Bagi saya seminggu, saya akan panggil semua syarikat p-hailing, saya akan jumpa di Pejabat Perdana…