MOTOSIKAL PENYUMBANG 70% KEMALANGAN MAUT DI KELANTAN

oleh Firdaus Razani|
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatatkan berlaku dari 1 hingga 26 April lalu di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, peratusan itu diperoleh daripada 40 kes kemalangan maut yang berlaku di negeri ini, sepanjang tempoh berkenaan.

“Saya melihat motosikal penyumbang terbesar apabila daripada 29 kes, 31 orang penunggang motosikal telah meninggal dunia.

“Kita telah mengadakan operasi setiap masa seperti Op Samseng untuk melihat kelakuan mereka di jalan raya yang boleh menyebabkan kemalangan.

“Kita mendapati ada penunggang motosikal buat aksi wheelie yang boleh membahayakan nyawa diri sendiri dan orang lain,” katanya selepas Majlis Sambutan Hari Raya di Dewan Tanjung, Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, malam tadi.

Datuk Muhamad Zaki berkata, beberapa kawasan telah dikenal pasti dan polis telah membuat pemantauan terhadap aktiviti berbahaya yang dilakukan penunggang motosikal secara berkumpulan di negeri ini. – BERNAMA

 

SUMBER : BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Akibat pergeseran itu, motosikal yang dinaiki mereka bertiga hilang kawalan dan terbabas,…
Berita Domestik
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur…
Berita Domestik
Dalam kejadian jam 1.38 tengah hari, dua beranak itu dikatakan tersepit di tempat duduk penumpang…