Mazda janji serap kos cukai jika kereta ditempah sebelum September tetapi dapat selepas SST

oleh HEZERI SAMSURI|
Bermaz Auto, pengedar kenderaan jenama Mazda diberitakan akan menyerap kos Cukai Penjualan dan Perkhidmatan (SST) untuk pelanggan yang telah menempah kenderaan mereka sebelum 1 September tetapi hanya menerimanya selepas tarikh tersebut.
Merdeka Bonanza

Menurut laporan The Star Online, pegawai Bermaz Auto berkata adalah tidak adil jika kenderaan yang ditempah semasa SST belum diperkenalkan pada 1 Sept untuk membayar cukai tersebut.

"Ini adalah satu cara untuk kami membina kepercayaan terhadap jenama Mazda," ujarnya kepada akhbar tersebut.

Kebanyakan jenama lain sudah menghentikan penerimaan tempahan kerana sudah melebihi kuota dan tidak yakin kenderaan akan dapat disiapkan sebelum 1 September.

Syabas kepada Bermaz kerana sanggup mengurangkan kadar keuntungan untuk meraih sentimen pembelian semasa musim "bebas cukai" ini.

Ia juga membuktikan syarikat kenderaan mempunyai kadar keuntungan yang sangat tinggi dan cukai bukan menjadi masalah kadar harga kenderaan negara.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Pelancaran
Sejak melakukan debut pertamanya, Mazda CX-3 telah memenangi banyak anugerah termasuklah 2015 Red…
Pelancaran
Dengan kawasan binaan mencecah 24,138 kaki persegi dan ruang tanah seluas 39,992 kaki persegi,…
Berita Global
Apa yang menarik pada kereta sports Mazda ini ialah selain daripada rekaan kereta yang tak lapuk…