Ia bukan sahaja memuatkan barisan pemasangan yang lengkap pada setiap aras, malah ia turut menampilkan sebuah litar ujian yang terletak di aras bumbung.
Selama bertahun-tahun, litar tersebut menjadi medan ujian bagi kereta-kereta produksi dan prototaip sebelum fasiliti itu ditutup sepenuhnya pada tahun 1982 akibat terlalu usang.
Kini, kilang yang pernah menjadi lokasi pemasangan lebih 80 buah model kenderaan kini dibuka semula setelah menjalani proses renovasi, di mana bahagian litar bumbung "La Pista 500" tersebut boleh diakses oleh orang awam untuk menguji sendiri pemanduan kereta elektrik Fiat 500.
Selain daripada berfungsi sebagai 'litar pandu uji', ia juga turut menempatkan taman bunga dengan lebih daripada 40,000 tumbuhan daripada 300 spesies yang berbeza dimuatkan pada bahagian atas bumbung fasiliti itu.
Mujur sebahagian daripada struktur litar asal masih lagi dikekalkan termasuklah selekoh berbentuk parabola.
Selepas selesai memandu uji, pengunjung dijemput untuk memasuki ruang "FIATCafé500" untuk mempelajari lebih lanjut sejarah kereta bandar Itali sambil menikmati hirupan kopi berlatarbelakangkan pemandangan Turin.