Lamborgini catat rekod 1H 2023, 5,341 unit supercar/SUV terjual!

oleh Mohamad Hanif|
Sepanjang tempoh Januari-Jun 2023, pengeluar supercar Lamborghini telah berjaya mencatatkan peningkatan rekod jualan sebanyak 4.9 peratus kepada 5,341 unit, berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disebabkan supercar Revuelto masih lagi belum diedarkan, kebanyakan unit jualan disumbangkan oleh Huracan V10 serta SUV berprestasi tinggi Urus.

Rantau Eropah merupakan pasaran terbesar Lamborgini sepanjang tempoh 1H 2023 di mana sebanyak 2,285 unit telah diedarkan.
 

revuelto


Sementara pasaran Amerika Syarikat mendahului dengan jumlah jualan 1,625 unit, diikuti UK (514), Jerman (511), China, Hong Kong dan Macau (450), Jepun (280) dan Itali (270).

Jika anda berhajat untuk menempah Urus dan Huracan, lupakan sahaja kerana tempahan bagi kedua-dua model tersebut telah pun ditutup, dan kesemua slot produksi telah pun habis ditempah.

Sementara supercar Revuelto juga turut mendapat sambutan yang tinggi, di mana Lamborghini menjelaskan mereka telah pun menerima tempahan yang mencukupi untuk tempoh lebih dua tahun.

Baca: Lamborghini Revuelto habis terjual hingga 2025

Baca: Lamborghin Urus habis terjual

Berita Berkenaan

Uncategorized
  Berapa kuasa? 620 ps dam 800Nm. Rendah daripada Urus S dan urus Performante namun tinggi jika…
Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…