Urus Polizia - Lamborghini Urus Performante untuk Polis Itali

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lamborghini Urus Polizia
Lamborghini Urus Polizia
Satu perkara wajar bagi negara yang mempunyai jenama kereta sendiri ialah menggunakannya sebagai kenderaan keselamatan.

Sebagai contoh Polis Lebuh Raya Itali menggunakan Lamborghini Urus Performante dan bakal berkhidmat pada 2024.

Sekadar mengingatkan, Proton Satria GTI dan Putra pernah digunakan sebagai peronda lebuh raya satu ketika dahulu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Lamborghini Urus Polizia 2023

 

Kerjasama di antara Automobili Lamborghini dan Polis Itali bermula sejak 2004 dan Urus Performante merupakan model keenam di dalam barisan kenderan polis lebuh raya.

Super SUV itu adalah tambahan kepada Huracán LP610-4 dan akan digunakan untuk khidmat istimewa termasuk tujuan perubatan seperti penghantaran organ dan plasma.

Sebagai kereta polis, kelengkapan khas dipasang juruteknik Lamborghini di kilang Sant’Agata Bolognese.

 

Lamborghini Urus Polizia

 

Grafik kereta direka Lamborghini Centro Stile dengan gabungan warna biru klasik Polis Itali dan putih serta tiga jalur Itali pada alang pintu dan tali pinggang keledar.

Logo polis pada pintu memantulkan cahaya dan lampu LED biru 360 darjah dipasang pada bumbung bersama siren elektrik dua nada.

Bahagian dalam dilengkapi perkakasan khas seperti kotak senjata, paparan boleh lipat dan kotak simpanan di dalam but untuk alatan seperti defibrilator.

 

Lamborghini Urus Polizia

 

Paling penting, peti sejuk mudah alih untuk membawa organ dengan paparan dan pengelog data bagi pengawasan suhu secara berterusan.

Urus Performante mempunyai beberapa beberapa perbezaan daripada Urus S dari segi prestasi dan penampilan.

Enjin 4.0 liter V8 menghasilkan 657 kuasa kuda (hp) pada 6,000 rpm dan tork 850Nm dari 2,250 sehingga 4,500 rpm.

Urus S juga dengan angka sama kecuali tork dari 2,300 sehingga 4,500 rpm. Urus S mempunyai berat 2,197 kilogram (kg) manakala Urus Performante 47 kg lebih ringan.

 

Lamborghini Urus Polizia

 

Pecutan dari 0 sehingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya perlukan 3.3 saat atau 0.2 saat lebih cepat dan kelajuan maksimum mencecah 306 km/j.

Selain itu, jarak pembrekan 100 sehingga 0 km/j Urus Performante lebih singkat iaitu 32.9 meter berbanding 33.7 meter yang diperlukan Urus S.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Lamborghini Urus Polizia