Lamborghini Urus Performante edisi terhad, pelengkap kepada hypercar Essenza SCV12

oleh Mohamad Hanif|
Lamborghini Essenza SCV12 merupakan jentera yang paling ekstrem pernah dihasilkan oleh Lamborghini, dengan tag harga bernilai $2.5 juta.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, disebabkan statusnya sebagai sebuah jentera yang tidak halal digunakan atas jalan raya, kebanyakan masa ia mungkin tidak dipandu oleh pemiliknya dengan lebih kerap.

Penyelesaiannya?
 

SCV12


Sebuah Lamborghini yang jauh lebih praktikal sebagai pelengkap kepada Essenza SCV12, iaitu Lamborghini Urus Performante "Essenza SCV12" Limited Edition.

Seperti mana model hypercar tersebut, hanya 40 unit sahaja Urus Essenza SCV12 yang akan dihasilkan, dan kesemua unit tersebut dikhaskan kepada para pemilik hypercar Essenza SCV12 sahaja.
 

SD


Dihasilkan oleh pasukan Ad Personam Lamborghini, para pemilik boleh mendapatkan pakej penyesuaian yang meluas dan unik, termasuklah trim gentian karbon terdedah untuk beberapa komponen.

Secara standard, Urus Performante SCV12 ini didatangkan dengan rim hitam berkilat saiz 23 inci, namun pemilik bebas untuk menyesuaikan apa jua pilihan yang dikehendaki.

Untuk ruang kabin, terdapat gandingan kemasan karbon dan trim aluminium hitam anodiza, upholsteri Alcantara, plet Essenza SCV12, serta plak yang mempunyai angka binaan dan nama pemilik.
 

SCV12


Urus Performante ini masih lagi mengekalkan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar dengan hamburan kuasa 666 PS dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.3 saat.

Sebagai perbandingan, Lamborghini Essenza SCV12 dijana dengan nadi V12 aspirasi natural dengan kuasa setinggi 830 PS yang dipadankan dengan transmisi sekuential enam kelajuan dan sistem pacuan roda belakang.

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti contoh, penghantaran organ penting untuk tujuan perubatan. Selain daripada Itali, sebuah…
Berita Global
  Kerjasama di antara Automobili Lamborghini dan Polis Itali bermula sejak 2004 dan Urus…
Berita Global
Untuk model Performante terbaharu ini, Lamborghini telah menala kembali enjin 4.0 liter bentangan…