KKR - 676 aduan masalah jalan raya selesai, 236 dalam proses tindakan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menyelesaikan 676 aduan berkaitan masalah jalan raya dalam tempoh satu hingga 30 hari, manakala 236 aduan sedang dalam proses tindakan.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata 912 daripada 3,403 aduan yang diterima melalui aplikasi MYJalan bermula 1 Ogos hingga 23 Okt lepas itu membabitkan jalan kendalian agensi KKR, manakala selebihnya (2,491 aduan) ialah jalan negeri dan jalan pihak berkuasa tempatan (PBT).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata daripada 912 aduan itu, 30 peratus atau 275 aduan melibatkan jalan berlubang, 20 peratus (187 aduan) berkenaan lampu jalan, 19 peratus (174 aduan) bagi jalan rosak, 11 peratus (98 aduan) berhubung lampu isyarat dan tujuh peratus (64 aduan) membabitkan garisan jalan.

Dalam hantaran menerusi laman Facebook beliau, Nanta berkata lima peratus lagi atau 49 aduan diterima berkaitan halangan, tiga peratus (23 aduan) untuk papan tanda, dua peratus (21 aduan) tentang kemudahan awam, dua peratus (16 aduan) bagi perabot jalan dan satu peratus (lima aduan) berkenaan tanah runtuh.

"Semua aduan ini membabitkan jalan di bawah seliaan KKR melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), selain jalan negeri dan jalan PBT masing-masing di bawah bidang kuasa kerajaan negeri serta PBT yang terlibat," katanya.

Beliau berkata di bawah dasar No Wrong Door Policy yang diterapkan dalam aplikasi MYJalan, KKR tetap menerima semua aduan termasuk jalan negeri dan PBT, seterusnya memajukan laporan terbabit kepada pihak yang bertanggungjawab.

"Justeru, selari konsep Malaysia MADANI di bawah Kerajan Perpaduan, KKR akan terus meningkatkan kerjasama dengan pihak berkaitan untuk memastikan aduan melalui aplikasi MYJalan yang disalurkan kepada mereka dapat diambil tindakan dengan sewajarnya, selain mengenal pasti penambahbaikan yang boleh dilaksanakan dari semasa ke semasa," katanya.

Pada masa sama, Nanta berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama kementerian lain yang terlibat bagi bekerjasama dalam menangani isu berkaitan dengan jalan raya, selari prinsip whole of Government approach.

"Saya percaya, isu-isu berkaitan jalan raya boleh dikendalikan dengan lebih baik dan pantas dengan kerjasama baik dan rapat antara semua pihak berkepentingan terutama KKR, kerajaan negeri, PBT dan pengguna jalan raya sendiri," katanya.

Aplikasi MYJalan yang diperkenalkan KKR pada 1 Ogos dan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Ogos lepas ialah satu inisiatif bagi memudahkan pengguna jalan raya membuat aduan berkaitan kerosakan jalan raya, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada tahun 2023, aduan jalan berlubang yang diterima berjumlah 5,959 dan berjaya ditampal dalam…
Berita Domestik
Menurut kenyataan itu, pemilihan tarikh pemberian tol percuma berkenaan, yang dipersetujui KKR dan…
Berita Domestik
“Dua minggu lalu, saya melawat ke makmal JKR dan di sana pelbagai ‘pavement’ diuji dengan teknik…