KKR dan Petronas jalin kerjasama baiki kualiti jalan raya negara

oleh Penyumbang Rencana|
Alexander Nanta Linggi (tengah) meninjau keadaan jalan raya di sekitar bandar raya Johor Bahru pada 9 Mei 2023
Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Petroleum Nasional Berhad (Petronas) menjalinkan kerjasama dalam membantu memperbaiki kualiti jalan raya di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, menerusi makmal milik Jabatan Kerja Raya (JKR), semua bahan akan diuji untuk menentukan kualiti tar jalan yang dikehendaki supaya ia menepati piawaian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Dua minggu lalu, saya melawat ke makmal JKR dan di sana pelbagai ‘pavement’ diuji dengan teknik baru.

“Saya difahamkan keadaan jalan raya di negara kita telah melebihi usia. Jadi sebab itu ia mudah rosak.

“Pada masa hadapan kita akan memberi penekanan kepada kualiti untuk dapatkan bahan terbaik. Kita ada kerjasama dengan Petronas berkenaan hal ini,” katanya dalam sesi Town Hall Rakyat di Auditorium Kumpulan Karangkraf di Shah Alam pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dibangkitkan seorang penonton mengenai isu teknikal kerosakan jalan raya bagi memastikan kualiti tar pada tahap yang optimum.

Sebagai makluman, sesi Town Hall Rakyat sebelum ini menampilkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Selain itu bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub; Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pernah mengambil bahagian.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Kementerian itu memaklumkan pengurangan sementara had laju selama seminggu berkenaan antara langkah…
Informasi
Beliau berkata antara tindakan yang diambil bagi mengurangkan kesesakan pengguna di lebuh raya…
Berita Domestik
Pada tahun 2023, aduan jalan berlubang yang diterima berjumlah 5,959 dan berjaya ditampal dalam…