Kilang BYD di Brazil bakal punya kemudahan memproses lithium

oleh HEZERI SAMSURI|
BYD sedang menimbang untuk membeli aset-aset perlombongan lithium di Brazil dalam usaha untuk memastikan cukup bekalan bahan mentah yang diperlukan bagi meluaskan pasaran EV mereka di luar Asia.

Kilang BYD di Brazil yang sedang dalam proses pembinaan itu turut mempunyai fasiliti untuk memproses lithium dan ferum fosfat bagi pasaran antarabangsa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan SCMP.com, kilang itu bakal beroperasi dalam masa kurang dari dua tahun.

Menurut Stella Li, naib presiden BYD Global, mereka lebih berminat untuk membeli sumber-sumber yang sudah ada di dalam pasaran dan yang lebih mampu tetapi harganya perlu kompetitif.

"Dalam masa yang sama, BYD mahu operasi perlombangannya sendiri di Brazil," ujar Li kepada SCMP.

Syarikat automotif berpusu-pusu untuk ke wilayah Amerika Latin kerana mahu mengawal sumber mineral di sana yang diperlukan untuk pembangunan EV.

Conothnya, Stellantis sudah meningkatkan pelaburan mereka untuk lombong tembaga di Argentina dan Ford Motor pula baharu memeterai perjanjian dengan pengeluar lithium dari Chile.

BYD akan melabur sejumlah US$594 juta untuk membina kilang EV pertama mereka di luar Asia di kawasan timur laut Brazil. Kilang tersebut akan turut mempunyai kemudahan R&D untuk teknologi enjin hibrid menggunakan "flex-fuel".

Untuk laporan penuh, lawati pautan ini.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia sebagai meraikan perkongsian BYD sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Bagi pelanggan…
Berita Global
BYD menjual sebanyak 526,409 unit kenderaan dalam tiga bulan terakhir 2023, berbanding dengan 300,…
Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…