PELUANG MENANG TIKET BOLA SEPAK EURO 2024 BERSAMA BYD!

oleh Firdaus Razani|
Sime Darby Motors (SDM) teruja untuk mengumumkan kempen elektrifikasi yang memberi peluang kepada pemandu Malaysia untuk menerima mobiliti mampan sambil menikmati UEFA EURO 2024™.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia sebagai meraikan perkongsian BYD sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™.

Bagi pelanggan yang mendaftarkan BYD ATTO 3 dari 1 hingga 30 April akan berpeluang memenangi tiket ke Final atau Separuh Akhir UEFA EURO 2024™.

 

byd

 

Untuk mengambil bahagian, pelanggan boleh menghantar penyertaan mereka di mana-mana daripada 21 pengedar BYD di seluruh Malaysia.

Untuk meraikan permulaan rasminya, Sime Darby Motors menganjurkan Acara UEFA EURO 2024™ dari 19 hingga 21 April di Carpark B, Stadium Bukit Jalil, dari 9 pagi hingga 6 petang.

 

byd

 

Acara ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik, promosi acara eksklusif, dan semangat peminat bola sepak.

Kempen ini juga boleh diakses di bilik pameran BYD di seluruh negara sehingga 30 April 2024, di mana pelanggan boleh menikmati rebat istimewa, kredit caj dan Program Overtrade eksklusif untuk BYD ATTO 3.

Pakej komprehensif ini menggabungkan rebat promosi sedia ada dengan peluang cabutan bertuah, menjadikan peralihan kepada mobiliti elektrik lebih menarik dan berpatutan.

 

byd

 

Tambahan itu, BYD merupakan jenama pertama mewakili pengeluar kenderaan tenaga baharu (NEV) yang menaja kejuaraan bola sepak ini dan ia menjadi sejarah baharu dalam acara tersebut.

Dengan menggunakan platform UEFA EURO 2024, perkongsian ini bakal mempamerkan kemajuan EV terkini BYD kepada khalayak luas, serta menonjolkan komitmen untuk mengurangkan pelepasan karbon bagi masa depan yang lebih hijau.

Untuk maklumat lanjut, layari http://byd.simedarbymotors.my/ atau ikuti Facebook atau Instagram rasmi BYD Malaysia.

Untuk pertanyaan, hubungi nombor Khidmat Pelanggan di 1300-38-1888.

Senarai rujukan lokasi Dealer BYD semasa di Malaysia:

 

byd

 

Berita Berkenaan

Berita Global
BYD menjual sebanyak 526,409 unit kenderaan dalam tiga bulan terakhir 2023, berbanding dengan 300,…
Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Berita Domestik
Pusat 3S terbaharu ini akan diuruskan oleh BYD Sing Kwung Motors, kemudahan baharu ini bertujuan…